CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

Semangat sekeras batu bata

[Copy link]
Post time 24-3-2025 07:01 PM | Show all posts |Read mode

KECIL-kecil cili padi. Ungkapan ini sangat sesuai dalam menggambarkan keberanian luar biasa dimiliki individu ini apabila memilih arus kerjaya berbeza dan mencabar kudratnya sebagai wanita.

Wanita besi ini memilih pekerjaan yang berat iaitu pembuat batu bata dan batu blok sebagai kerjaya.

Farhana Husna Jailani, 23, sudah dua tahun menjadi 'buruh kasar' di kilang pembuatan batu bata dan batu blok milik kakaknya di Kota Marudu, Sabah.

Tidak lokek pengalaman, Farhana Husna sering tampil berkongsi rutinnya sebagai sebagai pembuat batu bata dan batu blok di TikTok miliknya.

Pada mulanya dia melakukan pekerjaan itu sekadar suka-suka untuk menimba pengalaman, tetapi tanpa sedar dia kemudian jatuh cinta dengan bidang berkenaan.


"Daripada tidak tahu apa-apa, kini seronok 'bermain' dengan batu blok dan batu bata setiap hari.

"Pekerjaan ini bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, tetapi juga mental.

"Ini kerana semua proses membuat bahan binaan itu dilakukan secara manual sepenuhnya.

"Selain itu, berat batu berkenaan setiap satunya ialah tiga kilogram untuk batu blok manakala batu bata pula adalah tujuh kilogram," katanya.

Dia yang berasal dari Miri, Sarawak berkata, bahan binaan itu diperbuat menggunakan habuk batu dan simen.

"Proses pertama saya lakukan ialah membancuh habuk batu dan simen dengan air menggunakan penyodok pasir hingga sebati.

"Kemudian bancuhan ini dimasukkan dalam besi acuan, lalu 'dihempap' dengan objek berat sebelum diketuk menggunakan kayu bagi tujuan memampatkannya.

"Selepas itu, batu blok dan batu bata dikeluarkan daripada acuan serta dijemur selama sehari hingga kering," katanya.


Farhana Husna berkata, seterusnya bahan binaan berkenaan disusun di tempat khas.

"Setiap hari saya menyiapkan kira-kira 300 batu bata dan batu blok yang dibantu seorang rakan.

"Ini rutin kerja saya setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang," katanya.

Katanya, dia adalah 'pejuang ringgit' yang tidak memilih pekerjaan, meskipun tugas berat itu selalunya dilakukan lelaki.

Dia yang memiliki diploma perakaunan berkata, tidak kisah dengan jenis pekerjaan asalkan mempunyai pendapatan untuk kelangsungan hidup.

"Saya sudah terbiasa melakukan pekerjaan yang memerlukan ketahanan fizikal sejak kecil iaitu berjalan menjual kuih ibu.

"Apatah lagi saya daripada keluarga susah dan sering membantu ibu berniaga selepas pulang sekolah dan cuti hujung minggu.

"Dahulu ke sekolah berjalan sejauh 10 kilometer dan situasi itu juga membantu menjadikan saya lasak," katanya.

Katanya lagi, dia menjadi pembuat batu bata dan batu blok kerana mempunyai impian tersendiri iaitu mahu memiliki perniagaan pada masa depan.

"Oleh itu, saya menimba pengalaman dahulu dengan bermula daripada bawah.

"Nasihat saya kepada mereka yang masih mencari pekerjaan supaya tidak memilih kerja.

"Sekarang peluang pekerjaan terhad dan persaingan pula tinggi. Oleh itu, mereka boleh mencuba apa sahaja pekerjaan untuk membina pengalaman," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.102931 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list