CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11109|Reply: 0

Mersing, Dungun dan Gombak destinasi popular wanita Malaysia, tempahan lonjak lebih 30 peratus

[Copy link]
Post time 20-3-2025 04:56 PM | Show all posts |Read mode

WANITA memainkan peranan penting dalam komuniti Airbnb, daripada mencipta pengalaman penginapan yang menarik sehingga memperkasa ekonomi melalui aktiviti pengehosan.

Secara global, wanita menyumbang 54 peratus daripada jumlah keseluruhan hos Airbnb, dengan 55 peratus daripada semua senarai ‘kegemaran tetamu’ (guest favourite) di platform itu dikendalikan wanita.

Mersing, Johor mencatatkan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam jumlah tempahan oleh tetamu wanita, menjadikannya destinasi domestik yang melonjak popular pada tahun lalu.

Ia diikuti rapat oleh beberapa bandar lain yang turut mencatatkan peningkatan termasuk Dungun dan Kemaman, Terengganu; Gombak, Selangor serta Kluang, Johor.

Mersing

Platform perkongsian dan sewaan penginapan, Airbnb menerusi satu kenyataan memaklumkan, Kuala Lumpur terus mendominasi sebagai bandar domestik dengan tempahan tertinggi, mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan utama pelancong wanita.

Bandar-bandar lain seperti Johor Bahru, Johor, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang turut mencatatkan tempahan tinggi.

Bagi destinasi antarabangsa pula, Taipei, Taiwan muncul sebagai pilihan paling banyak ditempah oleh wanita Malaysia, manakala Bangkok, Thailand kekal sebagai bandar kesukaan mereka, diikuti Melbourne, Australia dan Busan, Korea Selatan.

Trend itu mencerminkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan wanita Malaysia untuk meneroka destinasi pelancongan, baik di dalam negara mahupun luar negara.

Dungun

"Melancong secara berpasangan kekal sebagai gaya pelancongan paling popular dalam kalangan tetamu wanita Malaysia pada 2024.

"Selain itu, wanita berusia 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan paling aktif di Airbnb, yang menyumbang kepada majoriti jumlah tempahan oleh pelancong wanita di Malaysia," katanya.

Sementara itu, hos wanita di Malaysia terus menunjukkan prestasi cemerlang di platform Airbnb, dengan beberapa pencapaian mengagumkan pada tahun lalu.

Menurutnya, hos wanita di negara ini memperoleh pendapatan median sebanyak RM8,815 pada tahun tersebut.

Selain itu, lebih 40 peratus daripada keseluruhan senarai 'kegemaran tetamu' di Malaysia dikendalikan wanita, menunjukkan bahawa mereka memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman penginapan yang disukai pelancong.

Pada 2024, hampir 50 peratus hos wanita di Malaysia juga menerima penilaian lima bintang daripada tetamu mereka. — Majoriti



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:31 AM GMT+8 , Processed in 1.084376 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list