Pada masa sama, Yusof juga bersyukur Syamsul sudah kembali ke pangkuan keluarga dan akan menyambut Aidilfitri bersama, tahun ini.
Sehubungan itu, Yusof berkata, sekiranya berlaku sebarang perselisihan sesama ahli keluarga, maka pilihlah jalan damai dengan membuang sifat ego dalam diri.
"Jangan simpan dalam hati kerana tidak akan tenang. Jiwa akan memberontak dan rasa semua perkara serba tidak kena.
"Begitu juga saya lakukan, sekiranya ada buat salah, saya sendiri akan minta maaf. Bukan apa, kadang-kadang semua ini ego sahaja.
"Saya fikir tak mengapa mengalah demi mencari kedamaian. Begitu juga dengan isteri, kalau bergaduh saya juga akan ambil langkah mengaku salah supaya keadaan tidak jadi lebih keruh," katanya.
Sebelum ini, Syamsul dikatakan tidak pulang ke rumah ibu bapanya selepas bernikah kali kedua dengan Ira Kazar pada 6 Januari 2023.
Bagaimanapun, Syamsul melafazkan cerai talak satu terhadap Ira pada 5 September tahun lalu, selepas 21 bulan berkahwin.
Sumber: Berita Harian