Meraih pujian kerana masih boleh bekerjasama dengan bekas kekasih, dia berpendapat perkara tersebut berlaku kerana menganggap dirinya semakin matang.
“Mungkin ada juga bekas-bekas kekasih yang saya tak boleh bercakap dan sebaliknya tetapi kita pun semakin hari semakin matang.
“Mungkin kami pernah sama-sama salah. Kalau betul matang, lupakan benda tak perlu pada masa akan datang.
“Emma pun ada kenalkan saya dengan anak-anak dia. Sudah rasa seperti anak sendiri.
“Kita doakan yang baik-baik untuk Emma dan anak-anaknya. Saya juga ada hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Shazli,” katanya lagi.
Ditanya sama ada mereka mempunyai kemungkinan untuk kembali menjalin hubungan cinta, Zizan tidak memikirkan hal tersebut sebaliknya mendoakan terbaik buat Emma.
“Buat masa ini tak terfikir untuk kembali bersama, mustahil pun tak boleh cakap sebab saya bukan orang yang tentukan masa depan.
“Pada saya, doakan yang baik-baik. Apa apa keputusan saya doakan untuk semua.
“Selepas putus ada juga jumpa dengan dia tetapi selalunya bertemu di majlis-majlis sebegini,” ujarnya.
Terdahulu, Emma dan Zizan dipuji bersikap profesional apabila mereka dilantik wajah bagi kempen raya sebuah jenama pakaian baru-baru ini.
Keserasian mereka membuat ramai netizen mendoakan agar mereka kembali menjalin hubungan cinta.
Sebelum ini, mereka pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum memilih haluan masing-masing pada tahun 2015.
Untuk rekod, Emma pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar 20 Februari 2020 namun mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, Emma dan Shazli dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Kosmo