View: 25819|Reply: 8
|
[Dunia]
Peniaga Pasar Tanah Abang mengeluh jualan tidak laku menjelang Aidilfitri
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Pasar Tanah Abang, Jakarta Pusat tidak sehangat tahun-tahun sebelumnya apabila peniaga mengeluh jumlah pembeli yang merosot secara mendadak.
Menurut seorang peniaga, Edo, 35, jumlah pelanggan yang datang ke pasar borong terbesar di Asia Tenggara itu menurun hampir 50 peratus berbanding tahun lalu.
“Tahun sebelum ini, pembeli seperti tawaf di sini, berjalan pun hanya selangkah kerana terlalu sesak,” katanya ketika ditemui di gerainya pada Sabtu.
Bagaimanapun, situasi tahun ini berbeza apabila suasana di pasar itu lebih lengang dan beberapa koridor bahkan masih kosong.
“Sekarang, kalau nak main bola pun boleh sebab terlalu lapang,” ujarnya berseloroh.
Katanya lagi, pada musim perayaan sebelum ini, dia mampu menerima sekitar 150 pelanggan sehari, tetapi tahun ini jumlahnya merosot separuh.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Novi, turut mengeluh keadaan yang jauh lebih sepi berbanding tahun lalu.
“Kalau tahun lepas, dari pagi sampai petang, pasar penuh sesak. Sekarang, pelanggan cuma ramai dua jam sahaja, selepas itu lengang semula,” katanya.
Tambah Novi, pendapatannya pada tahun lalu mampu mencecah Rp 10 juta sehari (RM3,000), tetapi kini hanya sekitar Rp 5 juta (RM1,500) sahaja.
Kemerosotan jumlah pelanggan memberi kesan langsung kepada pendapatan peniaga di Pasar Tanah Abang di mana selain faktor ekonomi, kehadiran kedai dalam talian (e-commerce) turut menjadi cabaran besar buat peniaga.
Sumber: Utusan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang semua online. Aku beli baju raya kurta utk anak aku, 25sen sahaja sepasang. Beli kat shopee. Barang dari jakarta. Harini sampai. Puas hati dgn kualiti kain dan jahitan. Aku order lagi utk warna lain. Harap2 boleh sampai sebelum raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Brgn online ni mmg rosakkan pasaran btul, pengguna suke la tp xtau kesan pada rantaian retailer, mall, etc.. Tunggu AI takeover semue bende br la melopong xde keje |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ke last year kerajaan indonesia dah x benarkan perniagaan dlm talian tiktok (beg kuning) ekoran aduan besar-besaran dlm peniaga tanah abang. Kalo beg kuning dah stop tp business tanah abang masih merundum, so kena la cari punca nape xde org nk dtg. |
|
|
|
|
|
|
|
zuri154 replied at 18-3-2025 12:01 AM
Bkn ke last year kerajaan indonesia dah x benarkan perniagaan dlm talian tiktok (beg kuning) ekoran ...
Takda beg kuning tapi jadi tokopedia. Org mentampah pergi tanah abang ni sbb ramai pencopek. Sebelum ni pun depends pada pelancong kita, pelancong kita plak awal2 driver grab dah pesan elak ke TA ni. Baik gi shopping tempat lain |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkok pun lengang... aku datang shopping beli baju siap custom & kain thai silk je...
Ada la jumpa mat salleh, pak2 arab tak posa  |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah abang ni dah lebih 10 tahun aku tak datang.. dulu sebelum covid ramai je orang..
Indon ni some places byk tourist trap.... lain macam menipu, takde nye nak letak harga
Kalo thailand, tourist trap paling banyak kat phuket... |
|
|
|
|
|
|
|
Eh btw.. haritu aku jalan2 dekat area masjid india.. from the LRT station tu kan ada pasar2 kiri kanan jual baju la ape kan.. peniaga je ramai. Customer 1 pun takde |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah tu RM1500 sehari bukan rm1500 seminggu.
RM1500 x 25 hari (sehari tutup) = RM37,500 sebulan
RM1500 x 30 hari (all out) = RM45,000 sebulan
ok lah tu... udah rupa gaji CEO dah tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|