CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35212|Reply: 3

[Tempatan] Lambakan tembikai, harga kini 99 sen sekilogram

[Copy link]
Post time 15-3-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my
Mac 15, 2025 @ 2:44pm



Aizuddin menjual tembikai dengan harga 99 sen di gerainya di Jalan Tandop berikutan lambakan buah itu di pasaran. FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN


Alor Setar: Lambakan tembikai di pasaran pada bulan Ramadan menyebabkan ada peniaga memilih untuk menurunkan harga tembikai sehingga serendah 99 sen sekilogram.

Peniaga, Aizuddin Md Shapere, 33, berkata, dia menurunkan harga kepada 99 sen sejak minggu lalu selepas bekalan buah itu terlalu banyak di pasaran.

Ini kerana katanya, tembikai tempatan dari empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mengeluarkan hasil serentak pada musim ini.

"Jadi untuk elak rugi, saya ambil keputusan turunkan harga jualan sehingga 99 sen sekilogram sejak minggu lalu.



"Harga itu saya tawarkan untuk semua jenis gred buah dari A, B dan C iaitu yang seberat 3 kilogram sehingga 10 kilogram," katanya ketika ditemui di gerainya di tepi jalan utama di Tandop di sini, hari ini.

Aizuddin berkata, harga yang ditawarkan itu juga berbeza daripada tahun lalu apabila ia dijual pada harga antara RM3.50 sehingga RM4 sekilogram.

Bagaimana katanya, lambakan yang berlaku itu secara tidak langsung memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan tembikai pada harga jauh lebih murah berbanding tahun-tahun sebelumnya

"Konsep yang saya bawa pada musim ini lebih kepada berniaga sambil bersedekah sempena mengambil keberkatan Ramadan juga.


"Lagi pun saya masih dapat sedikit keuntungan kerana kos pengambilan buah dari kebun juga jauh lebih rendah pada tahun ini.

"Tahun lepas modal pun tinggi, jadi paling murah boleh jual pun RM3.50 sekilogram. Tapi tahun ni beli dari kebun pun murah, tak sampai RM1 lebih. Jadi sebab itu kami boleh buat potongan harga macam ni," katanya.

Aizuddin yang sudah 11 tahun menjual tembikai berkata, dia mendapatkan bekalan daripada rakannya yang mengusahakan ladang tembikai di Kelantan, Terengganu dan Perlis.

"Gerai saya beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 9 malam dan Alhamdulillah pada bulan Ramadan ini sambutan pelanggan sangat baik ada yang beli untuk infak dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga tembikai, Alia Natasya, 24, turut mengakui lambakan tembikai musim ini menyebabkan lebih ramai peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual buah berkenaan.

"Musim ini, sejak seminggu sebelum puasa dah ada tembikai. Buah banyak, jadi ramai juga penjual yang ambil peluang.

"Untuk perniagaan saya sendiri, saya sudah ambil tujuh tan buah untuk jualan musim ini," katanya.

Menurut Alia, cuaca panas sebelum Ramadan juga menyebabkan buah tembikai musim ini lebih manis dan berkualiti.

"Tembikai tahun ni...Insya-Allah manis sebab cuaca pun panas sebelum ni. Buah gred A boleh capai 11 kilogram. Saya jual antara RM2.50 hingga RM4 sekilogram, ikut saiz dan kualiti," katanya.

Menurutnya, selain tembikai, timun betik juga mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan ini.

"Bulan puasa ini timun betik paling laris. Buah ini setahun sekali sahaja musimnya dan popular di negeri Pantai Timur.

"Setakat ini, saya sudah ambil 500 kilogram buah berkenaan dan saya jual pada harga RM8 sekilogram, sekarang cuma tinggal beberapa biji saja lagi," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2025 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
murahnya
mai la hantaq Putrajaya sama
tp jgn la up tgi sgt

bln puasa ni tak merasa lg tembikai
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat sini mahal rm4 sekilo...geram je nengok harga
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Belah sana kot mur mur. Kat selangor harga biasa je. Smlm SG beli tembikai sbb teringin nak buat air tembikai+laici, sekilo rm3. Beli separuh tembikai dah jd rm13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052969 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list