CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12177|Reply: 21

[Tempatan] Bekas pelakon filem dewasa solat jemaah dan buka puasa di masjid Sendayan

[Copy link]
Post time 11-3-2025 08:53 PM | Show all posts |Read mode


Bekas bintang filem dewasa Jepun, Kae Asakura, yang juga dikenali sebagai Rae Lil Black, menarik perhatian rakyat selepas Malaysia berkongsi pengalaman menunaikan solat di beberapa masjid terkemuka di negara ini.

Pada hari kedua di Malaysia, Asakura membuat satu hantaran di Instagram Story menunjukkan dia pada ketika itu berada di Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan.

Asakura yang mempunyai 2.1 juta pengikut di Instagram turut mengenakan niqab dan berkongsi bahawa dia berpeluang menunaikan solat Asar, Maghrib, Isyak, serta mengikuti solat sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah.

“Hari kedua di Malaysia. Masjid Sri Sendayan. Selesai di masjid yang cantik ini,” katanya dalam penulisan bahasa Inggeris, memuji masjid berkenaan.

Selain itu, dia juga berkongsi beberapa foto suasana dan hidangan berbuka puasa bersama jemaah lain, termasuk kuih-muih tradisional seperti roti jala, tepung pelita, roti john, murtabak, serta nasi dagang dan nasi berlauk.

Sebelum ini, Asakura mula mendapat perhatian apabila membuat hantaran berkongsi pengalamannya mengimarahkan Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Dia meluahkan keterujaannya menyambut Ramadan buat kali pertama sebagai saudara baharu dalam Islam.

"Pengalaman Ramadan pertama saya. Syukur untuk perjalanan penuh rahmat ini. Semoga bulan ini membawa keberkatan, ketenangan dan hidayah yang kita perlukan," tulisnya menerusi ruang kapsyen hantaran di Instagram.

Penampilan Asakura juga berubah dengan memadam status terdahulu di media sosial dan memuat naik hantaran baharu yang memaparkan dirinya berhijab.

Untuk rekod, perjalanan hijrahnya memeluk Islam bermula pada 2024, apabila dia mula berkongsi gambar dirinya mengenakan pakaian lebih tertutup.

Asakura menyatakan bahawa meskipun ibu bapanya beragama Buddha, mereka menerima keputusannya untuk memeluk Islam dan menyediakan ruang solat di rumah mereka di Kyoto, Jepun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 11:55 PM | Show all posts
Semua dah rasa ka?

I mean kuih2 tradisional Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 11:59 PM | Show all posts
dia ni cantik. tapi kalau dia lepak malaysia setahun habis la badan.
Roti Jala , Burger ramly , teh tarik , nasi lemak , Mee goreng ,
nasi ayam , roti canai , teh ais , sirap bandung ....

makan banyak banyak pastu tido perghhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Rae Lil Alamin
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:37 AM | Show all posts
Edited by tagas at 12-3-2025 09:40 AM

Tgh puasa

mlm2 la sket kang nak meng google aksi2 hebat nya ketika dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon filem dewasa tu apa maksudnya?
Belakon filem sejak bayi ke macm mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2025 10:07 AM | Show all posts
krustykrab replied at 12-3-2025 09:51 AM
Pelakon filem dewasa tu apa maksudnya?
Belakon filem sejak bayi ke macm mana?

amboi encik kerasti ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 10:29 AM | Show all posts
krustykrab replied at 12-3-2025 09:51 AM
Pelakon filem dewasa tu apa maksudnya?
Belakon filem sejak bayi ke macm mana?

iouls pun x berapa nak jelas maksud berlakon filem dewasa....
knp nak kena letak filem dewasa....? ckp pelakon filem je x boleh kah..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 10:38 AM | Show all posts
seri_mawr replied at 12-3-2025 10:29 AM
iouls pun x berapa nak jelas maksud berlakon filem dewasa....
knp nak kena letak filem dewasa....? ...

sebab kalau negara diorang by hanya orang dewasa je legal boleh tonton porno ni...
bawah umur kira ilegal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 10:46 AM | Show all posts
Saya boleh buat demonstrasi kalau mahu faham lebih lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 10:48 AM | Show all posts
Demonstari orang dewasa makan berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 10:59 AM | Show all posts
krustykrab replied at 12-3-2025 09:51 AM
Pelakon filem dewasa tu apa maksudnya?
Belakon filem sejak bayi ke macm mana?

ya dia seorang pelakon dan dia dah dewasa
bukan pelakon kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah msk Islam...semoga dia sentiasa beristiqamah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 11:46 AM | Show all posts
bukan kaleng kaleng ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 11-3-2025 11:59 PM
dia ni cantik. tapi kalau dia lepak malaysia setahun habis la badan.
Roti Jala , Burger ramly , teh  ...

Itu lah nikmat Dunia yg x patut didustakan ????
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 12-3-2025 09:51 AM
Pelakon filem dewasa tu apa maksudnya?
Belakon filem sejak bayi ke macm mana?

yg berlakon tu sme oang dewasa

tadak kertu or kanak kanak..sme dewasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 01:21 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 12-3-2025 01:24 PM

Pertobatan bekas bintang filem dewasa Jepun, Kae Asakura yang telah masukislam dan sekarang ingin nak tinggal dan hidupdi tanah melayu malaydesh itulah bukti betapa mulianya status bangsa bani tamim anak cucu keturunan nabi ibrahim dan keturah serta penguat kuasa alam melayu yang maha suchi dan maha mulia di mata Kae Asakura  dan mungkin juga bangsa Jepang lainnya ... TAHNIAH ...

Jangan lupa setelah lancar bahasa melayu dan juga mempraktekan budaya melayu ... segera masukan secara resmi sebagai bagian dari bangsa melayu



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan ni takde sensitiviti la ...x yah la highlight pelakon dewasa ke pelakon kanak2 ke... Dia dah berhijrah dah pun....aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 03:58 PM | Show all posts
Actress JAV.
Boleh google later atau skrg. Either way sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan khas oleh Maria Ozawa.

Janganlah kamu mulayari porn di bulan Remdan, ingat, bulan Remdan adja.







Mee Yabi

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.067709 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list