View: 30824|Reply: 0
|
[Sabah]
ADUN Bingkor serah dua mesin lawn mower
[Copy link]
|
|
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik yang juga Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyampaikan sumbangan dua buah mesin rumput jenis lawn mower yang diserahkan beliau sendiri.
Penerima pertama diserahkan kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bunga Raya dan satu lagi kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) Kampung Kirokot Baru.
Robert menyerahkan sumbangan itu dalam satu majlis ringkas yang diadakan dekat sini, kepada Yang DiPertua PIBG SK Bunga Raya Japrin Thomas dan juga Pengerusi JKKK Kg Kirokot Baru Linus Raymond.
Beliau berharap kemudahan yang disumbangkan itu dapat digunakan dengan sebaiknya dalam membersihkan kawasan masing-masing.
Ketika ditemui Japrin berkata mesin yang diterima itu akan diserahkan kepada pihak sekolah bagi kegunaan memotong rumput di sekitar halaman sekolah.
"Dengan adanya mesin ini yang amat diperlukan oleh pihak sekolah sudah tentu memudahkan pihak sekolah semasa pembersihan sekali gus menceriakan kawasan sekolah," katanya.
Sementara itu, Linus berkata kemudahan itu nanti akan digunakan penduduk untuk memotong rumput di sekitar kampung khususnya padang bola sepak dan juga kawasan Dewan Serbaguna.
Sumber: Utusan Borneo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|