|
PELUMBA Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team, Muhammad Helmi Azman bertekad untuk membuka kempen Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2025 dengan kemenangan selepas menamatkan musim lalu di kedudukan keempat keseluruhan.
Helmi yang bersaing kategori SuperSports 600 (SS600) hanya mencatat satu kemenangan pada Pusingan 5 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) musim lalu.
Namun, Helmi sedar cabaran musim ini bakal lebih getir dan percaya jika melakukan persiapan yang rapi serta strategi terbaik, gelaran juara mampu menjadi miliknya.
“Tahun 2025, saya mahu bawa pulang trofi kejuaraan. Selepas beberapa tahun terlepas peluang, saya yakin ini adalah tahun saya membawa pulang piala tersebut,” katanya.
Bagi memastikan dirinya berada pada tahap terbaik, Helmi giat menjalani latihan intensif bersama pasukannya.
Aspek kecergasan fizikal, daya tahan mental serta persediaan jentera menjadi keutamaan dalam menghadapi perlumbaan musim baharu ini.
“Saya akan melakukan analisis terhadap prestasi perlumbaan musim lalu bagi mengenal pasti kelemahan perlu diperbaiki bersama pasukan nanti,” tambahnya.
ARRC 2025 dijangka menyaksikan persaingan sengit dengan kehadiran pelumba-pelumba berbakat dari seluruh Asia.
Perlumbaan pusingan pertama akan membuka tirai di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand pada 25 hingga 27 April dan Malaysia menjadi destinasi Pusingan 2 berlangsung di Sepang dari 30 Mei-1 Jun.
Turut tersenarai musim ini adalah perlumbaan di Jepun (Motegi) dan Indonesia (Mandalika), namun venue Pusingan 5 masih belum ditentukan dengan aksi penutup musim di Buriram dijadualkan pada 5 hingga 7 Disember 2025.
Sumber:
Kosmo! Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|