CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5162|Reply: 65

nak baca baca tak nak baca dah!!!!!!!!!!

[Copy link]
Post time 3-5-2011 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat.Biar PKR dan DAP hidup segan mati tak mahu di dalam arus politik Malaysia.Jika ini berlaku,lama kelamaan ahli-ahli PKR akan kembali ke pangkuan UMNO dan BN.Maka ini akan mengurangkan pecahan undi Melayu;kembali ke nisbah yang sama sebelum penubuhan PKR-hanya berpecah antara UMNO dan Pas.DAP akan berseorangan,dan ini MENJADIKAN IA TIDAK RELEVAN KERANA KEMBALI MENJADI PARTI BERIMEJKAN RASIS DAN TIDAK POPULAR.Bila ia tidak popular,lama-kelamaan undi kepadanya hanya bersumberkan majoriti kaum Cina sahaja.BN seperti biasa akan menjalankan propaganda memburukkan DAP,sebagai usaha menaikkan kembali MCA dan Gerakan.DAP akan tersepit,seperti biasa kaum Cina akan menjalankan 'undi tidak percaya'.Ini kerana TABIAT BERPOLITIK KAUM CINA LEBIH KEPADA POLITIK EKONOMI DAN PELUANG EKONOMI.Ini nombor satu,barulah kepada isu lain seperti sekolah Cina atau lain-lain.MCA sebagai contoh sudah pasti banyak mendapat dana dari kerajaan maka cukup untuk menarik sokongan kaum Cina kembali.DAP akan semakin lama semakin malap dan kembali kepada status parti yang rasis,tidak popular,miskin isu dan berimej komunis,iaitu imej sebelum PAS dan PKR bekerja sama dengan mereka.

PKR akan bubar,kerana ketandusan isu.Sebenarnya PKR wujud kerana Anwar Ibrahim dan jika Anwar Ibrahim meninggal dunia atau keluar dari politik,PKR SUDAH PASTI AKAN BERKUBUR.Adalah lebih baik Anwar Ibrahim mengundurkan diri kerana dirinya sudah menjadi sarang fitnah dan liabiliti kepada partinya sendiri.Tidak penting sama ada beliau bersalah atau tidak,yang penting beliau sudah semakin tua dan tidak relevan lagi berada dalam politik.Lebih baik beliau berundur diri atau membubarkan partinya,ketika orang Melayu masih mengingati jasanya ketika di dalam kerajaan.Sungguh,jika Anwar Ibrahim meninggal dunia,barulah orang akan mengatakan yang baik-baik sahaja mengenai beliau dan sedia melupakan segala fitnah dan kebobrokan yang terpalit di tubuh beliau.

Kini tinggal UMNO dan PAS.Ini lebih mudah untuk diuruskan.Apa yang menjadi kemarahan PAS dan kewujudannya ialah kerana UMNO TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH dalam pemerintahan.UMNO adalah parti Melayu bertunjang sekular dan hedonisme.Namun adalah tidak bijak jika kita bersekongkol dengan DAP hanya untuk menjatuhkan UMNO,yang majoritinya orang-orang Melayu beragama Islam.Tindakan yang bijak ialah bersabar dengan UMNO,berikan contoh yang terbaik dan berusaha berdakwah kepada UMNO supaya ingat Allah dan Rasul-Nya.Mungkin ini mengambil masa yang lama;tidak penting berapa kuantiti ahli UMNO yang insaf,yang penting kita mengambil tindakan yang betul sambil bertawakal kepada Allah s.w.t.Yang beri hidayah adalah Allah s.w.t bukan kita.Kita hanya berusaha.



KESIMPULAN


Jadi apabila terdapat apa yang dinamakan kebangkitan rakyat atau revolusi,kita hendaklah bertanya kepada diri sendiri,apakah kesan dari revolusi ini mendatangkan keredaan Allah s.w.t.Jika tidak,ia adalah revolusi nafsu atau digerakkan oleh proksi-proksi NWO.Libya adalah contoh terbaik setakat ini,apabila kebangkitan rakyat menjadi medan kekacauan dan pembunuhan orang awam.Negara lain akan mengambil kesempatan menceroboh negara kita jika kita tidak mampu mengawal situasi dalam negara.Sebab itu tindakan kebangkitan rakyat di Libya adalah bodoh dan sia-sia.Kebangkitan rakyat adalah berguna jika tersusun dan MENGIKUT NIAT HANYA UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI.Selain itu adalah bodoh dan sia-sia.

Jika anda ingin menjalankan revolusi,anarki atau 'riot' fikirkan tentang ini.Pilihlah,sama ada anda ingin menjadi pejuang kebenaran atau rakyat yang gelojoh.Bukan semua penawar yang mereka tawarkan adalah ubat buat anda.Biasanya mereka akan menawarkan racun,buat hukuman dan amaran tarikh luput kepada boneka-boneka mereka;para pemimpin anda yang korup dan anda sendiri;para rakyat yang bodoh dan gelojoh.


http://mistisfiles.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 02:49 PM | Show all posts
TT ni owner blog mistisfiles ke? kalo yer, aku nk tanya,knapa bahasa dy mcm tinggi ek?sbb bila aku baca,aku tak paham maksud yg nk disampaikan.ke korang mmg nk wat penulisan ko ala2 da vinci code
erm......papehal pon aku mmg setuju kalo pas kluar pkr sbb nmpak mcm org lain yg lebih superppower bila dyorang bergabung
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 02:51 PM | Show all posts
berbanyaktuju dengan artikel diatas ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2011 02:54 PM | Show all posts
bukan la aku ni pengemar tulisan Mistis files jer..bukan corak penulisan nak tiru davinci tp maybe untuk menyampaikan sesuatu perkara bahasa perlu dipertingkatkan untuk maksud yg jelas dan jitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2011 02:55 PM | Show all posts
berbanyaktuju dengan artikel diatas ...
leesuanseng Post at 3-5-2011 14:51



    haha tp ramai yg tak amik pusing pon,depa tak faham politik yg sedang berlaku kat malaysia nie..siapa ketua siapa hamba...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 03:19 PM | Show all posts
ada la kang yang kata " Tora datang lagi"
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2011 04:18 PM | Show all posts
ada la kang yang kata " Tora datang lagi"
AbukRokok Post at 3-5-2011 15:19



    SAPA bahlul ker yg nak kata tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 04:26 PM | Show all posts
Jgnlah tolol sgt.   






---------------------------------------------------------
Transformasi besar palsu - Undi BN Undi haram. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com<<<
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2011 07:10 PM | Show all posts
Jgnlah tolol sgt.   






---------------------------------------------------------
Transfo ...
Macho_men Post at 3-5-2011 16:26



bahlul lg klu biarkan DAP berkuasa..bahlul!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 07:39 PM | Show all posts
ya betolllll
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 09:56 PM | Show all posts
tora tora tora
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:19 AM | Show all posts
kan PAS da ckp.... arini laksnakan hukum hudud... esok parti PAS akan dibubarkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 10:19 AM | Show all posts
kan PAS da ckp.... arini laksnakan hukum hudud... esok parti PAS akan dibubarkan...
pepatung Post at 4-5-2011 10:19



    beza cakap bertotak dgn cakap tak berotak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:21 AM | Show all posts
terpulang pada PAS sama ada nak keluar atau stay dgn PR.
apa jua keputusan PAS, pendirian i tetap

"TAKNAK UNDI BN DAH"
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:24 AM | Show all posts
beza cakap bertotak dgn cakap tak berotak...
kuseng_power Post at 4-5-2011 10:19


la.......... nk PAS dgr permintaan UMNO utk bergabung.... tp x slh utk UMNO dgr permintaan PAS sbb negara pn da namanye negara ISLAM.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:45 AM | Show all posts
Kalau orang ISLAM UMNO memerintah selama 50 tahun, tapi masih tidak mahu bertunjang ISLAM dalam memerintah... Kenapa sekarang? Kalau betullah mereka hendak MALAYSIA berjaya dunia akhirat, diorang dah lama ISLAMkan MALAYSIA, tapi lihatlah keadaan social and ekonomi kita sekarang?

KORANG semua ingat Malaya MERDEKA percuma ke?

Selagi MALAYSIA masih SEKULAR, selagi itu ISLAM tidakkan akan berada di tempatnya, dan AL Quran hanyalah tinggal BACAAN sahaja. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan yang mengaji AL QURAN tetapi hanya sampai ke tekak, tanpa turun ke hati?

BAGAIMANA caranya sahabat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, menyebarkan ISLAM ke pelosok dunia? Adakah dengan cara bermuafakat, berbincang. TIDAK, langkah pertama ialah mengISLAMkan kerajaan...

Adakah dengan DEMOKRASI hasrat ini boleh tercapai??

Fikirkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 11:08 AM | Show all posts
Apa yang menjadi kemarahan PAS dan kewujudannya ialah kerana UMNO TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH dalam pemerintahan.UMNO adalah parti Melayu bertunjang sekular dan hedonisme.Namun adalah tidak bijak jika kita bersekongkol dengan DAP hanya untuk menjatuhkan UMNO,yang majoritinya orang-orang Melayu beragama Islam.Tindakan yang bijak ialah bersabar dengan UMNO,berikan contoh yang terbaik dan berusaha berdakwah kepada UMNO supaya ingat Allah dan Rasul-Nya.Mungkin ini mengambil masa yang lama;tidak penting berapa kuantiti ahli UMNO yang insaf,yang penting kita mengambil tindakan yang betul sambil bertawakal kepada Allah s.w.t.Yang beri hidayah adalah Allah s.w.t bukan kita.Kita hanya berusaha.


Berbaik-baiklah aje..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 06:27 PM | Show all posts
terserlah gaya penulisan warga umno terdesak.

bila nampak 'trend' politik hasad perkauman semakin tak popular dan lebih teruk lagi semakin dibenci, 'kerak2' umno menjadik panik dan terdesak utk cuba mempertahankan parti usang mereka.

mmg normal 2 langkah nih akan jadik modal politik desprate diorang;

1- cuba sedaya upaya meraih simpati rakyat supaya "jgn mengundi"
    dan "memulaukan pilihanraya" supaya hasil pilihanraya nanti agak
    "kurang memalukan".

2- cuba menjadik 'kaunselor' sampah yg cuba memberi khidmat
    nasehat basi dlm susunan dan tindakan parti lawan (cthnya;
    PAS kene keluar dr PR, DAP kene jg ketuhanan melayu, PKR
    kene ikut cara pemilihan mcm umno)
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 07:08 PM | Show all posts
Tindakan yang bijak ialah bersabar dengan UMNO,berikan contoh yang terbaik dan berusaha berdakwah kepada UMNO supaya ingat Allah dan Rasul-Nya.Mungkin ini mengambil masa yang lama (dah lama dah) ;tidak penting berapa kuantiti ahli UMNO yang insaf,yang penting kita mengambil tindakan yang betul sambil bertawakal kepada Allah s.w.t.Yang beri hidayah adalah Allah s.w.t bukan kita.Kita hanya berusaha.


Dah pueh doh Bung Nuart berdakwah tu, mula2 cara berhemah dan berlemah lembut, tetap tak jalan, pastu as TPM dia cuba kuatkuasaan dengan lebeh ketat dan strict dengan menghapuskan pelbagai kudis panau kurap tokak yang akhirnya mengakibatkan dirinya tertolak dari Ameno, dulu masa PAS dalam Bee End sama gak, PAS telah pun berusaha berdakwah dan mengingatkan ameno supaya tidak Power Obsolute power, menjalankan dasar2 Islam dan mnjalankan pemerintahan secara islam tapi apa yang berlaku kepada PAS ? Setelah Ameno dan Bee end merasa mereka suda power, PAS akhirnya ditendang keluar begitu sahaja tanpa belas ihsan. So sampailah masanya rakyat sendiri yang akan mentarbiyah dan mengajar amenok, dan rasanya cara berhemah dan berlemah lembut itu suda lama berlalu, sudah menjadi sejarah.
Bukankah Dato Onn Jaafar (pengasas Ameno) dulupun pernah dihukum oleh ahli2 ameno gara2 kerana kuhnunya Dato Onn ingin membuka keahlian ameno kepada bukan melayu yang akhir membawa kepada penubuhan parti Kemerdekaan Malaya dan seterusnya parti Negara.


Shukur Harun: Lagu PAS sertai BN datang lagi  
Abd Shukur Harun Shukurharun@yahoo.com     
Kini terdengar lagi dongeng lama dari pemimpin Umno, kononnya 'marilah PAS bersatu dengan Umno’, kalau tidakpun tinggalkan saja Pakatan Rakyat. Dongeng ini sangat popular, terutama dinyanyikan oleh pemimpin Umno di waktu-waktu tertentu atau di saat menjelang pilihan raya.

Dongeng politik murahan ini bermotifkan supaya Pakatan Rakyat berpecah apabila apabila PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat, menjadikan PAS terpencil seorang diri, yang akhirnya, fikir mereka, PAS juga akan berkubur.

Umno tahu, dongengnya ini tidak semudah itu disambut oleh PAS, namun ia berusaha terus meneriakkannya. Oleh itu, para pendukung PAS waspadalah dengan pelawaan ini, justru ia hanya seruan politik untuk menunjukkan betapa Umno, kononnya, sangat inginkan perpaduan orang Melayu. Dengan bergabungnya Umno dan PAS, kononnya bersatulah Melayu dan kuatlah politik Melayu. Ini adalah sebuah kepalsuan.

Tetapi ramai yang belum lupa dan merasa pelik bagaimana Umno konon hendak menyatukan Melayu tetapi dalam masa yang sama rakyat Kelantan, yang majoriti besarnya Melayu, dinafikan haknya untuk mendapat royalti minyak.

Selain itu ada senarai panjang yang telah diketahui umum bagaimana kerajaan pimpinan Umno melakukan pelbagai diskriminasi terhadap Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Pakatan Rakyat walaupun kerajaan Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat secara demokrasi dan berusaha berlaku adil kepada semua kaum.

Sudah tidak menjadi rahsia lagi bagaimana kerajaan Umno melakukan ‘penderaan’ terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, di mana sebahagian orang Melayu juga berada dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Pemimpin Umno tahu bahawa seruannya supaya PAS bergabung dengan Umno tidak akan disambut oleh PAS. Namun seruannya ini diteruskannya juga sebagai suatu propaganda psaikologi untuk menimbulkan persepsi umum kononnya Umno sebuah parti yang sangat ingin kepada perpaduan Melayu. Dengan itu mereka akan dapat undi Melayu. Perkiraan ini sangat mudah dibaca dan difahami bukan saja oleh pemimpin dan pendukung PAS, tetapi juga oleh ramai orang.

Sudah tiga kali Muktamar PAS – di Perak, Selangor dan Kelantan – memperteguh ikrar PAS untuk terus menerus bersama dengan Pakatan Rakyat, malah bersama-sama memperkukuhkannya. Bulan depan, PAS sekali lagi bermuktamar - kali ini di Taman Melewar – di mana dijangka muktamar tersebut akan memperbaharui ikrar tersebut.

Ikrar ini tentunya mempunyai makna yang sangat besar dan penting. Ia adalah manifestasi kesetiaan PAS bersama rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat, di mana janji setia ini menunjukkan kematangan PAS berpolitik, bahkan Islam sendiri mengajarkan umatnya supaya patuh kepada janji, memelihara setiakawan.

Perwakilan dalam Muktamar PAS nanti dijangka akan berhujah mempertahankan Pakatan Rakyat dan tidak akan terjebak dengan panggilan perkauman yang sangat merugikan.

Pakatan Rakyat adalah harapan masa depan rakyat Malaysia, bukan Barisan Nasional yang bersifat perkauman dan penuh dengan ketidak tentuan.

Selama memerintah Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan dua tahun di Perak, Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan menjaga kepentingan rakyat, kauh lebih baik dari pemerintahan BN sebelumnya.

Pelbagai kemudahan telah diberikan kepada rakyat, tanpa mengira kaum dan agama. Ia telah memancarkan keadilan kepada semua, sementara pentadbirannya telus, terbuka dan penuh demokratik dengan pengurusan ekonominya dipuji oleh pelbagai pihak.

Memang diakui ada terdapat pelbagai kelemahan kecil dalam pemerintahan Pakatan Rakyat selama tiga tahun lebih itu, namun ada tanda yang amat jelas bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha memperbaikinya.

Buku Jingga yang melakarkan agenda 100 hari Pakatan Rakyat jika berkuasa sangat mengejutkan pemimpin BN. Ia bukan sebuah angan-angan kosong dan tidak realistik seperti yang dicanangkan oleh golongan tertentu, namun ia sebuah perakuan yang menunjkkan Pakatan Rakyat sangat komited untuk membela rakyat.

Oleh itu Muktamar PAS bulan depan sedang diperhatikan sungguh-sungguh oleh rakyat bagaimana peranan yang akan dilakukan PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Pada pendapat saya, pendukung PAS tidak akan semudah itu termakan dengan dakwaan pemimpin Umno bahawa kononnya kononnya PAS hanya menjadi alat DAP dalam meneruskan agendanya untuk memerintah Malaysia. Hingga kini tidak ada satu buktipun bahawa DAP telah memnperalatkan PAS. Oleh itu dakwaan pemimpin Umno ini sama sekali tidak berasas.

Menjelang PRU Ke-13, sudah tentu Pakatan Rakyat akan menghadapi lagi pelbagai tekanan dan  serangan berat dari pelbagai penjuru oleh pihak musuh untik menghancurkan Pakatan Rakyat.

Dari itu, baik PAS mahupun PKR dan DAP mestilah bersedia seutuhanya untuk menghadapi cabaran ini. Jalan untuk ke Puterajaya tidak semudah itu, namun kuncinya ialah perpaduan Pakatan Rakyat dan bekerja bersungguh-sungguh dengan padu dan berstrategi.

Kemenangan DAP yang besar dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru ini – di samping kemenangan beberapa kerusi PKR – adalah isyarat jelas yang ditunjukkan oleh rakyat pelbagai kaum di pulau Borneo itu bahawa mereka mahukan perubahan.
Saya percaya, rakyat di Semenanjung juga mempunyai hasrat yang sama untuk melihat perubahan, justru PRU Ke-13 ini nanti adalah pintu gerbang rakyat melangkah kepada perubahan.

Dari itu, bagi mereka yang berfikiran waras, tidak perlu melayan seruan pihak tertentu supaya PAS atau DAP bergabung dalam Barisan Nasional. Pakatan Rakyat adalah masa depan rakyat Malaysia siapapun pemimpinnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 07:16 PM | Show all posts
beza cakap bertotak dgn cakap tak berotak...
kuseng_power Post at 4-5-2011 10:19


umno yg bangang x berotak..ade berani ke offer pas tuh..umno tegakkan syiar islam konon...ptttuuuiii!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073680 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list