“Yang rapat pun ada, yang tak rapat pun tiba-tiba jadi rapat sebab duit.
“Saya berharap perkara ini bukan dilakukan dengan niat jahat, tetapi bila telefon pun tak dijawab, keadaannya sangat berbeza sewaktu awal kenal,” luahnya.
Meskipun pernah ditipu dan dikhianati, pelakon filem Polis Evo itu memilih untuk tidak menyimpan dendam, sebaliknya berserah kepada Tuhan untuk segala pembalasan.
“Saya tetap bertanya tentang hutang mereka, tetapi tidak sampai tahap mengemis.
“Saya fikir, daripada kejar mereka seperti pengemis, lebih baik saya fokus bekerja.
“Allah masih beri saya rezeki dan peluang, jadi saya anggap ini sebagai ujian,” tuturnya.
Paling penting, Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular ke-31 itu percaya hidup sebagai penghutang yang tidak menunaikan janji tidak akan pernah tenang.
“Alhamdulillah, saya masih boleh tersenyum walaupun perkara ini berlaku.
“Mungkin ada kesilapan daripada pihak saya sendiri yang menjadi punca, mungkin juga ini ujian Allah untuk saya dan mereka.
“Saya lihat orang seperti ini tidak pernah hidup senang.
“Kalau senang pun, mereka tidak akan tenang. Saya tahu tidur mereka tak lena,” tutupnya.
Sumber : Kosmo