CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30477|Reply: 5

Anak meninggal tercekik gummy, jelly ball pun disuruh berhenti jual

[Copy link]
Post time 24-2-2025 08:53 PM | Show all posts |Read mode


Kes kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula gummy masih lagi hangat menjadi bualan netizen di media sosial.

Susulan kes itu, segelintir warga maya turut menggesa penjualan bebola jeli atau jelly ball dihentikan memandangkan ia memiliki tekstur hampir sama dengan gula-gula getah berkenaan.

Menurut seorang pemborong serbuk jeli di aplikasi TiKTok, dia bersimpati dengan nasib peniaga yang kini dipersalahkan netizen.

"Jelly ball pun dipersalahkan juga. Untuk semua peniaga jelly ball, sabar ya. Jangan down. Semoga yang baik-baik saja.

"Makanlah apa-apapun, tetap kena hati-hati pantau anak-anak," tulis pemborong itu.

Di ruangan komen, seorang peniaga bebola jeli memberitahu dia kini menghentikan jualan atas permintaan suaminya.

"Sedih juga peniaga jelly ball pun terkena tempias. Insya-Allah ada rezeki nanti, moga kita kuat.

"Suami saya tak bagi buat jelly ball buat masa sekarang ni. Saya buat jelly ais limau," komen peniaga itu.

Seorang lagi peniaga berkata dia sering mengingatkan pelanggan untuk menikmati bebola jeli dengan cara betul.

"Saya akan pesan kepada pembeli, suruh anak gigit dan kunyah dulu baru telan. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan penjual yang lain," tulis wanita itu pula.

Di sebalik gesaan untuk menghentikan penjualan bebola jeli, beberapa netizen berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan makanan atas tragedi yang berlaku.

"Ada kes meninggal sebab tercekik daging. Ajar anak-anak kita cara makan dengan betul.

"Kenapa tak banned rambutan juga? Banyak kes budak tercekik rambutan.

"Sebenarnya makan apa pun boleh tercekik. Tak kira gummy atau jelly ball dan sebagainya.

"Jelly ball ni agar-agar. Kunyah biasa-biasa je dah boleh hancur,"  tulis netizen.

Pada 20 Februari lalu, Mohamad Fahmi Mohamad Fakhruddin yang berusia 10 tahun meninggal dunia, dipercayai tercekik gula-gula gummy.

Sebelum itu, Mohamad Fahmi dilaporkan kritikal selepas rebah dipercayai tercekik gula-gula di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), di Sungai Dua, Butterworth, kira-kira 2.30 petang pada 18 Februari.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jellyball ni ok lg, jenis agar2, tp sbb bentuk bola takut tertelan terus ke saluran tekak. Tp yg eyeball gummy , jelly dia tu ala2 gam. Ssh udara nk masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 01:14 PM | Show all posts
makanan bentuk bulat memang budak telan terus

dulu ada kes budak tercekik gula2 Nips tu. kita orang dewasa kunyah kacang ceklat tu. kalau tertelan pun no hal, kecik

budak kecik, masuk telan masuk telan, pastu menggelupur, nasib baik kes yang tu selamat

Iols nak try buat jelly box pulak la. guna acuan ais batu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan kaykayem haramkan onde onde dengan asam gupal sudah..buka posa jadi sunyi tanpa dua kuih tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah tercekik kue onde-onde masa di kolej...hhuhuhu! Memang susah nak bernafas oiiiii! Nasib baik aku dapat muntahkan keluar!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 05:58 PM | Show all posts
gummy mata ni mcm chewing gum.. ada yg buat video tumbuk beberapa nk bg hancur.. tp ttp la mcm chewing gum.. sgt bahaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.066408 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list