CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30397|Reply: 6

Mak bapak zaman sekarang bising, dakwa Kafa bebankan anak

[Copy link]
Post time 24-2-2025 08:50 PM | Show all posts |Read mode


Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) diwujudkan bagi membantu murid-murid tahun satu hingga enam memahami agama Islam dan memperkukuhkan akidah.

Masa pengajian Kafa juga seperti sekolah harian biasa sama ada sesi pagi atau petang, bergantung kepada sesebuah sekolah.

Namun seorang guru melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir ibu bapa yang mendakwa Kafa tidak relevan dan memberi tekanan kepada anak-anak.

"Kafa dah wujud bertahun-tahun, bukan dua, tiga tahun. Kenapa sekarang ada yang kata nak tempat ni memberi stress?

"Ada yang kata... tak perlu masuk Kafa lagi, mereka masih kanak-kanak. Biarkan mereka berseronok. Biarkan mereka bermain.

"Kalau kerajaan rasa Kafa ni tak bagus atau tak perlu, mungkin dari dulu lagi dah tak wujud atau tak relevan," katanya.

Bagi wanita berkenaan segalanya terpulang kepada ibu bapa dalam mencorakkan kehidupan anak khususnya bagi menyeimbangkan antara pendidikan dan alam kanak-kanak.

"Kafa cuma tempat di mana anak-anak boleh menambah ilmu. Mereka tak akan hilang zaman kanak-kanak kalau masuk Kafa," katanya.

Jelasnya, golongan itu masih boleh menikmati zaman kanak-kanak sambil menambah ilmu.

"Penat? Itu biasa. Bermain pun penat. Cuma pastikan mereka mendapat rehat yang cukup, insya-Allah okay.

"Mereka tetap kanak-kanak tak kira apa kelas yang mereka sertai. Kalau anda rasa anak anda tak suka kelas tersebut, cuba cari kelas yang lebih sesuai.

"Tak ada stres yang tak perlu apabila belajar atau menambah ilmu. Macam tak elok pula nak cakap begitu, padahal tujuannya nak tambah ilmu, tapi ilmu pula dipersalahkan," katanya.

Tambahnya, situasi kelas Kafa sama seperti menghantar anak ke tempat atau institusi lain bagi menambah ilmu atau memperbaiki diri.

"Kalau anda rasa nak fokus anak anda pada membaca, hantar mereka ke kelas membaca.

"Nak fokus sukan atau permainan, hantar ke tempat di mana anak anda boleh belajar seperti taekwondo, berenang atau bola sepak," katanya.

Pandangan guru terbabit disokong netizen yang mengakui ketika usia kanak-kanak mereka gembira ke Kafa walaupun sarat dengan aktiviti lain.

"Dulu waktu pagi pergi sekolah (kebangsaan), tengah hari pergi Kafa, petang main, malam mengaji. Balik mengaji siapkan kerja sekolah.

"Kalau terbayang balik, memang penat tapi enjoy buat semua tu sebab dapat jumpa kawan. Kenapa mak pak sekarang bising?

"Saya hantar kedua-dua anak ke Kafa sebab tahu saya tidak memiliki banyak ilmu, terutamanya dalam pendidikan Islam.

"Sebagai seorang ibu, saya mahu anak-anak saya jadi lebih baik daripada saya," kata warga maya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 12:14 PM | Show all posts
klu rasa beban, xyah hantar. sekolah pun tak ingin kau hantar anak kau dekat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 01:18 PM | Show all posts
Iols rasa sekolah agama petang, kafa semua ni sangat la penting dan berguna

dulu2 masa Iols sekolah, nak exam SPM dah, ada lagi kawan sekelas tak hafal al-fatihah. tak hafal bacaan ketika solat, tak tau hukum hakam. ada yang tak reti baca jawi. yang tak reti baca qur'an langsung pun ada

yang complain pasal kafa bagai ni, esok lusa diorang complain pasal benda lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 01:24 PM | Show all posts
PULANGKAN replied at 25-2-2025 01:18 PM
Iols rasa sekolah agama petang, kafa semua ni sangat la penting dan berguna

dulu2 masa Iols sekolah ...

Agree..disebabkan belajar KAFA anak iols less struggle dgn subjek pendidikan Islam di SK, kalau exam biasanya subjek PI ni mmg akan score walaupun result dkt KAFA kdg2 dpt B @ C je
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 02:45 PM | Show all posts
Kafa sahaja yg ada sediakan peperiksaan UPKK utk anak tahun 5..
Besarnya peperiksaan ni sbg tiket nak masuk ke form 1 sek agama berasrama penuh sbb kalau cemerlang pasti ada tawaran yg akan sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 25-2-2025 02:48 PM

Isu tiap tahun
Sama mcm isu kantin buka di bulan ramadon

Gasaklah nak hantar kafa silakan
Yg tanak hantar pun lantaklah situ

Yg tak dapat hantar mcm iols ni sbb kelas dah penuh pun ada penat dh tiap tahun call takde tmpt sbb ruang terhad sgt kena tunggu sapa2 benti dulu.
Boleh je guna kabel sbb pengetua kafa tu pengerusi surau rapat ngn suami iols yg merupakan ajk surau tu
Hari2 jumpa pastu selalu join segala program yg surau anjurkan.
Tp tanak lah gituu kang sbb guna kabel ada anak org lain kena remove dr kafa tu demi memberi laluan pd anak iols.

Jadi cuba  pilihan lain dulu, ada kelas kafa online
Boleh pilh waktu nak bila
Tiap2 hari isnin-jumaat pun ada sama waktu mcm org g Kafa harian tu la juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2025 03:48 PM | Show all posts
anak2 ni kat sekolah kafa pun boleh main weh.. lagi bnyk main dr kat SK. Anak2 iols kata cikgu tak bagi main, lari2 kat SK..kat sekolah KAFA peluang nak main kejar2 dgn kawan2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.792316 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list