Melihat ramai penyanyi ‘berlumba-lumba’ menyanyi lagu nada tinggi untuk persembahan pentas, vokalis hebat tanah air, Jaclyn Victor menasihatkan agar mereka tahu kadar kemampuan masing-masing.
Jaclyn atau nama sebenarnya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor berkata, menyanyi tanpa teknik yang betul boleh merosakkan pita suara seseorang seperti apa diutarakan jurulatih vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
“Seseorang penyanyi itu berpotensi untuk merosakkan vocal cord (pita suara) andai menyanyi nada tinggi secara berlebihan. Kena tahu kemampuan diri.
“Kalau selalu sangat nyanyi nada tinggi, suara akan jadi serak atau boleh merosakkan cord. Kita nak pakai sampai tua.
“Macam masalah nodul dan polip dalam tekak selalu terjadi kepada penyanyi yang selalu sangat menggunakan suara (nada tinggi),” ujarnya pada majlis pelancaran album terbaharu, Glorious di sini, semalam.
Tahu kemampuan diri, pelantun lagu Satu Harapan itu memaklumkan, pengalaman menyanyi di kelab malam memberi pengajaran buat dirinya agar tahu bagaimana cara untuk menjaga kesihatan terutama melibatkan pita suara.
“Saya sendiri tak nak ‘kalah’, semua nak nyanyi key original. Dulu zaman Malaysian Idol, satu malam boleh nyanyi 30 lagu tiada masalah sebab menyanyi di kelab.
“Selepas bergelar artis rakaman, mana ada buat ‘show’ nyanyi 30 lagi melainkan untuk konsert sendiri.
“Nasihat saya, know your body (tahu kemampuan badan). Jangan nyanyi tinggi-tinggi sampai hilang suara. Dapatkan rehat secukupnya agar boleh terus menyanyi sampai bila-bila,” katanya.
Jaclyn diminta mengulas tentang trend semasa penyanyi tempatan yang cenderung menyanyi nada tinggi dan itu dijadikan sebagai ‘tiket’ untuk mereka menonjol dalam sesebuah pertandingan berprestij.
Dalam pada itu, juara Malaysia Idol musim pertama itu kini hadir dengan album baharu berjudul Glorious yang memuatkan sembilan lagu termasuk Lepaskan Saja, Kejutkan Aku, Sesal Tak Bermakna dan Racun.
“Album ini sangat istimewa buat saya. Hadiah buat peminat sempena 20 tahun perjalanan saya dalam industri seni tanah air. Dapat banyak respons baik tentang lagu Glorious (Gemilang versi Inggeris). Saya bersyukur masih boleh menyanyi sehingga ke hari ini,” katanya.
tapi masalahnya menjerit2 tu la ponen2 bottom terkinja2 dengar macam kena sumpah jadi beruk bak kata shafinaz... kalau nyanyi elok2 takda jerit2 ponen2 tak orgasm pulak..
aina tu mmg muda lagi lantak la dia nak jerit..marsha tu..sampai nampak muka nak terberak menjerit punya pasal..she pun dah dekat 40 kot..mcm org tua kata meneran mcm nak terkeluaq tombong
Post time 21-2-2025 02:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg sedap bawak nada tinggi ni...CT je...x rasa dia terpekik atau menyakitkan telinga....selain CT semua x sedap akak dgr bila tarik nada tinggi..sakit telinga
Post time 21-2-2025 02:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MadameOnion replied at 21-2-2025 02:03 PM
aina tu mmg muda lagi lantak la dia nak jerit..marsha tu..sampai nampak muka nak terberak menjerit p ...
Marsha untung blom penah branak, sbb tu masih boleh jerit. Tgk erni pon tak brapa nak jerit dah lepas branak, tu yg dok guna head voice. Kesimpulannya, jerit la slagi boleh sbb 1 day mungkin dah tak boleh
noor2 replied at 21-2-2025 02:06 PM
Yg sedap bawak nada tinggi ni...CT je...x rasa dia terpekik atau menyakitkan telinga....selain CT se ...
khennn.. penyanyi skrg tarik high note nak tunjuk power jee.. bukan carry lagu tu pon mcm lagu2 jac, lagu2 nek ziana yang part high note tu memang perlu and blend dgn muzik...
Post time 22-2-2025 07:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KamikuP replied at 21-2-2025 09:38 AM
Lagu dlm album ni semuanya best yaachhh - gitu meolls promot
Kann
Takde high note akrobatik mcm dulu2
Tp lbh soothing, more emotion gitu
Tp ape yg Jac mention kt ats mmg die tlh dan Sedang Alami
Bila high note sgt suara die jd serak
Ms gv mgu awl2 pun Ada nodes jgk
Die dpt nasihat toknas, slowly recover
Tp mmg xdpt la high note mcm zmn Malaysian idol
But still mantap seiring usia 47 tahun ni
Post time 23-2-2025 01:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bg aku la kalau penyanyi tu mmg tau teknik.. dia jenis rilek je tarik suara tu high note tapi sedap & bukan smpai terkeluar urat leher.. bg aku nadeera no.2 tu ok gak nyanyi high note.. x nmpk pun dh push diri nak tarik tp still sedap.. tp org Malaysia ni akan kuat tepuk bila penyanyi tu mmpu capai high note kalau bleh tahan smpai 5 saat lepas tu trun balik tanpa tergelincir suara tu..
Post time 23-2-2025 05:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
supernaturalee replied at 22-2-2025 07:03 PM
Kann
Takde high note akrobatik mcm dulu2
Tp lbh soothing, more emotion gitu
Jac memang umphh dr era Malaysian Idol, iolls ingat masa Tokti jd juri jemputan dia cuma komen pasal lirik je kat Jac, kena kasi terang sebutan lirik camtu iolls ingat lupa.
Typical kat Msia, kena nyanyi jerit kuat berdesing sampai terkeluar anak tekak baru dikata penyanyi hebat, maka berlumba penyanyi dgn suara meneran jerit tp bak kata acik Jac, suara nak kena pakai lama jangan over. Kalau suara gemersik lembut mcm Yuna xde jerit tarik high note, pendengar kata lemau mcm nak tido. Standard kat Msia yg dr era 80,90an lagu mesti terjerit belit meneran pastu dapat standing ovation nyah.