CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40276|Reply: 0

[Sarawak] Banjir teruk Bintulu kesan perubahan iklim

[Copy link]
Post time 17-2-2025 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2025 04:05 PM

Perubahan iklim boleh pengaruhi pola cuaca, menyebabkan berlaku keadaan yang terlalu panas atau terlalu sejuk



Dr Sim merakam kenangan bersama peserta Larian Iklim 2025 di Kuching, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Banjir teruk melanda Bintulu baru-baru ini dikaitkan dengan kesan perubahan iklim yang mempengaruhi pola cuaca.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata perubahan iklim boleh mempengaruhi pola cuaca, menyebabkan berlaku keadaan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

“Banjir teruk yang melanda Bintulu baru-baru ini adalah petunjuk jelas impak perubahan iklim.
“Sarawak dianggarkan menerima purata hujan sekitar 3,000 milimeter (mm) setahun tetapi baru-baru ini, Bintulu menerima 900 mm hujan sehari.

“Jumlah hujan yang luar biasa ini memberi impak besar kepada penduduk setempat,” katanya ketika merasmikan Larian Iklim 2025 dan Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini.

Sehubungan itu, Dr Sim menggesa orang ramai mengambil serius isu-isu perubahan iklim dan memainkan peranan dalam memastikan Sarawak dapat mencapai sasaran sifar bersih (net zero) pembebasan karbon.

Menurutnya, usaha bersepadu daripada setiap lapisan masyarakat akan membantu menangani perubahan iklim dengan lebih baik dan menggalakkan lebih ramai individu menjaga alam sekitar dengan baik.

Beliau juga menggesa orang ramai menjalani gaya hidup sihat dan mengekalkan hubungan social yang erat dalam masyarakat untuk esejahteraan yang dipertingkatkan.

“Diet seimbang dan gaya hidup aktif seperti kerap bersenam akan memberi manfaat kepada semua orang.

“Mengambil bahagian dalam acara seperti larian misalnya bukan sahaja menggalakkan kesihatan fizikal tetapi juga memupuk semangat kebersamaan,” tambahnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/16/banjir-teruk-bintulu-kesan-perubahan-iklim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list