CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1116|Reply: 10

'Puas hati suspek ditahan, harap hukuman setimpal dikenakan' - Suami Norshamira

[Copy link]
Post time 15-2-2025 04:04 PM | Show all posts |Read mode





KUANTAN: Suami Allahyarham Norshamira Zainal, 37, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, berpuas hati apabila suspek yang dipercayai membunuh isterinya ditahan hari ini.


Mohammad Afiq turut melahirkan rasa lega kerana sejak kejadian yang menimpa arwah isterinya itu, perasaannya tidak tenteram selagi suspek tidak ditahan.


"Saya dimaklumkan oleh pihak polis kira-kira jam 7 pagi tadi apabila lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu ditahan di Terengganu.


"Sebagai suami, saya berpuas hati kerana suspek yang melakukan perbuatan terhadap arwah isteri saya ditahan. Dengan penahanan ini, saya berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek," katanya.


Ditanya mengenai pengebumian Norshamira semalam, Mohammad Afiq berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan semua pihak dalam urusan itu.


Katanya, selepas proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semalam, jenazah dimandi dan dikafankan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, sebelum dibawa ke rumah ayah mentua di FELDA Keratong 9, Rompin.


"Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Perantau Damai Keratong 8, Rompin kira-kira jam 6 petang semalam," katanya.


Sementara itu, kakak Norshamira, Norazlin Zainal, 39, bersyukur kerana urusan pengebumian arwah adiknya yang juga anak kedua daripada enam beradik itu berjalan lancar dan dipermudahkan.


"Terima kasih atas kerjasama diberikan sepanjang proses dari HTAA ke tanah perkuburan," kata Norazlin yang juga kakak sulung Norshamira.


Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, kelmarin.


Susulan itu, sepasukan anggota polis bersama pakar patologi forensik dari HTAA menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh peniaga makanan itu.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Polis hari ini berjaya menahan lelaki berusia 53 tahun di Terengganu yang disyaki terbabit kes bunuh wanita berkenaan.


Sumber  - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2025 04:50 PM | Show all posts
Moga hukuman gantung jawapannya
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 03:53 AM | Show all posts
apa motif acik 53 tahun tu? samun ke? tak padan tua eh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
clueless_gamer: apa motif acik 53 tahun tu? sa ...

Mungkin judi kot..gelang mas yg 30k xjumpa..yg jumpa cincin dgn brg lain..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Pic suami arwah kat atas tu ada iras Syafie Naswip pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Tahniah #PDRM
Pantas bertindak
Nasib baik pembunuh ni bodo piang, senang kerja polis nak trace dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2025 10:20 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 16-2-2025 09:21 AM
Pic suami arwah kat atas tu ada iras Syafie Naswip pulak

knnn
dgn air muka serabut tu
mukhsin sgt


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 16-2-2025 10:13 AM

Nasib baik pembunuh ni bodo piang, senang kerja polis nak trace dia


Kan. Wujud lagi penjahat sebodoh ini. Dia ingat senang ka nak jadi penjahat. Asal boleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2025 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur dah dpt tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 16-2-2025 09:21 AM
Pic suami arwah kat atas tu ada iras Syafie Naswip pulak

Aku rs lebih iras lg dgn khairul aming
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tadi kat news mcm dgr dia kabo jumpa gelang di pajak kat teganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.375688 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list