CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Updated: Dunia Hiburan Hipokrit, Bob Lokman Ditahan (m.s. 5)

  [Copy link]
Post time 30-4-2011 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 30-4-2011 08:54

credit metronline...


awie sentap noks statement Bob



Bob usah hipokrit, riak/b]

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my      

KUALA LUMPUR: Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,?kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap menyerang?dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.


Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.



Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.


Kita pernah sama-sama cari makan?dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,?katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2011 08:54 AM | Show all posts
hidup bob lokman
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 08:58 AM | Show all posts
Reply 61# mixed

Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri

   

ini yg aku takot kalo bob tiba2 nk msk balik dunia hiburan...faham2 saje ler dunia politaik......takot kalo dia sakit (minta simpang ler)dorang yg dr hiburan tolong dia lak itu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 10:55 AM | Show all posts
buleh la temankan nik ajis tembak tupai pasnih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 10:55 AM | Show all posts
buleh la sambung teksi tunai versi islamik pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 11:17 AM | Show all posts
sisi pandang lewat kolumnis :-

ORANG lulus Universiti Azhar dengan ijazah PhD, bertabur firman dan hadis di hujung jarinya, tidak memilih PAS sebagai medan mengembangkan ilmu dan jihadnya.

Antaranya memilih Umno. Atau Allah memilih mereka menjadi Umno.

Yang Allah pilih menjadi ahli PAS ialah artis penulis lirik Bob Lokman. Dunia Bob dulunya di alam wayang. Tetapi dia memilih menjadi ahli PAS.

Bukan mudah bagi seseorang untuk memilih menjadi PAS. Menjadi hafiz dan PhD. Pengajian Islam belum tentu Allah pilih dia jadi orang PAS, tetapi Bob Lokman, sebagai penulis lirik Allah pilih jadi orang PAS.

Bob Lokman boleh bersyukur atas pemberian Allah itu. Dan umat Islam seluruhnya bersyukur kerana Bob Loman mula menjadi aktivis PAS.

Dia mengaku pilihannya betul setelah ada yang mencemik pemilihannya itu. Itulah ujian awal yang Bob hadapi. Dan mula gelaplah gambar dan karya seninya dari dada TV dan media perdana.

Tetapi Bob tetap memberitahu, setiap kali dia hendak meninggalkan, setelah berada dalam PAS, dia tahu langkahnya adalah betul dan mula merasai manisnya berpolitik dalam PAS.

Orang lain belum merasa manis itu, tetapi Bob sudah merasa manisnya.

Sudah ada rakan-rakan artisnya mula mendekatinya dan mahu mengikutnya.

Begitulah ada orang menyertai PAS kerana mengikut kuliah Tok Guru Mursyidul Am Dato’ Nik Aziz. Ada yang masuk kerana terasa sedapnya kata-kata mantik Ustaz Fadzil Noor. Demikian juga memahami Islam melalui kuliah Ustaz Abdul Hadi.

Tetapi ada juga kerana mengikut daya jelas Bob Lokman.

Seperti saya menanda tangani borang menyertai PAS 30 tahun dulu, saya didorong oleh pelakun filem Yusuf Suria. Saya berbuat bersamanya dengan Dato’ Asri, pemimpin PAS masa itu.

Tiba-tiba Yusuf berkata kapada saya di depan Dato’ Asri, ‘I ini bukan orang agama, tetapi I mahukan Islam. You orang beragama, tetapi pasal apa tak mahu ikut Islam?’

Saya tidak dapat memberi jawapan. Lalu dia menyuakan borang PAS kepada saya. Saya ambil borang itu dari tangannya. ‘Isi!’ suruhnya.

Dato’ Asri mengambil borang itu, dia minta kad pengenalan saya. Diisinya borang itu. Saya pun menjadi ahli PAS dan mula merasa manisnya berjuang dalam Islam.

Kira-kira 35 tahun dulu pelakon Yusuf Suria yang banyak berlakon di bawah arahan P.Ramlee dan menyokong kuat Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Harun Idris menjadi  ahli PAS.

Ke sana ke mari dia menggalas borang PAS. Ramai orang ditemuinya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur diajaknya masuk PAS. Saya tengok beberapa pelakon kecil dan pelakun tambahan yang datang makan di gerainya, Restoran Semporna mengisi borang menjadi ahli PAS.

Dia rajin masuk ke luar-luar bandar berceramah mengajak orang masuk PAS.

Yusuf mahu jadi orang baik. Dia tidak banyak mendapat didikan agama. Jika ada orang PAS yang ada masa, boleh menumpukan penuh masa kepada Yusuf, dia boleh jadi aktivis Islam  yang gigih.

Malangnya PAS ketika itu bertempur antara yang menyokong dan menentang Dato’ Asri, maka tidak yang dapat membeberi masa untuk membimbing artis-artis yang menyertai PAS masa itu.

Beberapa tahun selepas itu Jamal Mohamad yang dikenali sebagai Jamal Kerdil. Dia meninggalkan terus dunia hiburannya. Isterinya membawanya ke sana ke mari di seluruh negara memenuhi jemputan mengadakan ceramah PAS.

Dia tidak berapa sihat. Selalu masuk hospital. Tetapi bila keluar hospital selalu menghadhirkan diri dalam kegiatan PAS. Dunia hiburannya sudah terputus baginya. Dia tidak suka lagi diingatkan dengan zaman dunia hiburannya.

Bintang-bintang terkenal seperti Tompel, Ibrahim Din dan P.Ramlee yang baik dengannya, kalau boleh nama-nama itu tidak boleh disebut di depannya. Dia tidak suka dikaitkan dengan masa lampaunya.

Di hari tuanya dia tinggal di Dengkil. Dia hari-hari tuanya dengan mengingati kebesaran Allah. Semangat PASnya masih tinggi.

Jika Bob Lokman mahu tahu akan manisnya menyertai politik PAS mengikut pengalaman dan pandangan seorang bekas seorang artis, pergilah berkunjung ke rumah Pak Jamal Kerdil di Dengkil.

Tanya dia tentang manis dan indahnya PAS.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2011 11:20 AM | Show all posts
pepatah arab ada menyatakan..." manusia itu menjadi musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya"
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 01:02 PM | Show all posts
Quote....

Saya pernah menulis mengenai Bob Lokman, bekas insan seni duniawi terkenal yang telah memilih untuk meninggalkan dunianya itu dan berhijrah secara profesional kepada seni baru yang lebih hakiki dan benar beberapa minggu lepas. Saya menulis mengenai taubat, sebab dan hikmah Allah menjadikan kehidupan di dunia ini dipenuhi ujian dan pancaroba.

AlhamduliLah saya akhirnya berpeluang menemuinya dalam pertemuan yang tidak dirancang. Pertemuan lewat malam di rumah sahabat karib saya,telah memperkenalkan saya secara lebih dekat dan ianya cukup mengesankan jiwa. Saya termenung panjang juga selepas itu, jerih cuba menguraikan beberapa kisah hidupnya yang menarik bahkan menakjubkan juga agar saya dapat menyelami, memahami seterusnya menasbih dan mensyukuri betapa agungnya kelebihan dan rahmat Allah ke atas hambaNya.

Sejarah hidup dan pengalaman beliau sungguh menjanjikan pengajaran, ibrah dan kesedaran. Sungguh unik dan menginsafkan.  Sungguh, beliau begitu mahu kisah dan perjalanannya menuju hidayah Allah dikongsikan bersama. Beliau yakin perjalanan hidup di jalan penuh liku dan duri saat remaja dan dewasanya jika dikongsi akan menjanjikan kesedaran bersama. Itulah yang beliau sedang kongsikan bersama khalayak yang menghadiri ceramahnya yang tak putus-putus hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2011 01:06 PM | Show all posts
Tajuk Buku: Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali
Penulis : Bob Lokman dan Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan : Jundi Resources
Cetakan : Mac 2011
Jumlah Halaman : 157 mukasurat


Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.

Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung studio.

Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.

Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. – TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 06:20 PM | Show all posts
kerlasss adam... tak sangka dia pon g dengar ceramah... saya sokong dengan bob lokman. kalo kita dah masuk dengan dunia hiburan sedikit sebanyak dosa subahat tu dapat ler skit kat kita.. cuba baca majalah solusi yang terbaru. banyak kita leh pelajari. bukan dalam umno takder islam,tapi kan lagi bagus kalau pemimpin atasan kita mengimamkan solat kita. sungguh indah dan itu barulah dinamakan ketua, bukan ketua dalam memacu ekonomi malahan dari segi keugamaan.
   bob dah lama dalam dunia seni, dia lebih memahami. begitu lah juga azmil mustapa dan nor kumalasari. mengapa dorang tinggalkan dunia seni sebab benda cam gini jugalah, cuma dorang tak der lah buat statement masuk pas sebagainya...
    hidayah tuhan boleh bagi pada sesiapa sahaja, doakan lah yang terbaik utk beliau, dan kita pon dapat hidayah jugak spy tak baca lagi ruangan gossip cam gini ... amin...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 07:14 PM | Show all posts
aku sokong apa awie kata...bukan nya aku sokong dunia hiburan...tapi kalau dah keluar tu x payah la nak kutuk....ni sama mcm kes org yg baru pakai tudung, lepas tu terus kutuk org yg belum pakai...apa kes...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 07:25 PM | Show all posts
alhamdullilah...berubh ke arah kebaikan dan seiring ngan usia
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 08:01 PM | Show all posts
knpe awi sentap ssgt????
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 08:12 PM | Show all posts
aku xrse awie sentap..cume menegur je si bob tu..da masok dunia baru, dunia lame tu usah ler dikatekn hipokrit bagai...sdgkn belasan tahun dunia tu dceburi..belasan tahun dunia lame die carik mkn..bile masok dunia baru, dkutuknye dunia lame hipokrit bagai..kalo dunia baru yg dceburi ni xdcampur adukkn ngn politik, bgsla..politik pn sme hipokrit nye gk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 08:26 PM | Show all posts
mmg masuk pas xsemestinya masuk syurga..
tapi parti yang memperjuangkan nilai islamik tuh selari plak dgn ideologi brader bob la ni..
apa2pun kita yang blom dapat hidayah spt beliau xperlulaa persoalkan tindakan beliau..
buat malu ja..patutnya kita gembira untuk beliau dan berdoa supaya satu hari kita diberikan hidayah spt beliau..(untuk aku yg alpa jugak nie haa..)
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 08:30 PM | Show all posts
x der ker org nak insaf join UMNO heran aku....

why why why
harisbee Post at 29-4-2011 12:26



    hahaha..renung2kan dan selamat beramal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2011 09:14 PM | Show all posts
ni yg aku x brapa nak berkenan...bila sebut psl islam je...mesti ada dikaitkan dgn politik...pelik tul aku....islam hnyalah satu.....x der cabang2....hanya politik aje yg bcabang2....tolong lah paham...

tp kalau dia nk sertai pas..lantak pi lah kan...cm harap2nya...dlm ceramah tu nti...jgnlah mngata2 org plak....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 09:38 PM | Show all posts
Bob dah taraf Ustaz...
bagi ceramah sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2011 12:06 AM | Show all posts
takat berucap depan orang da leh jadi ustat kaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:39 PM | Show all posts
yang ni dah ader??
baru sampai kat email


Awie Cuba Pertahankan Kehidupan Jahiliyahnya Hentam Bob Lokman

selatanonline



KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985. -hm

Ulasan GB


Itu sajakah yang mampu dilkakukan oleh Awie di dalam serangannya kepada Bob Lokman?

Bob Lokman telah memperolehi hidayah Allah yang kemudian menyeru dan mengajak sekalian rakannya untuk tinggalkan dunia hedonistik tetapi Awie masih terbelenggu di dalam dunianya itu.

Bob Lokman melaksanakan kewajipannya sebagai umat Islam sesuai dengan bimbingan hidayah yang diperolehinya tetapi Awie pula cuba menjadi batu penghalang untuk kerja dakwah yang Bob lakukan.

Memang masing-masing pernah sama-sama cari makan melalui hiburan, cuma satu telah berjaya melepaskan dirinya dari gelombang syaitaniah sementara seorang lagi masih sayang untuk meninggalkannya.

Kenyataan bodoh Awie terletaknya di sini:


mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik

Berdakwah bukan mencari publisiti. Di situ KEJAHILAN Awie yang ketara. Ia adalah tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Ia adalah satu tuntutan di dalam agama sepertimana firmanullah:

“Dan hendaklah ada diantara kalian segolongan ummat (jemaah) yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang Ma’ruf, dan mencegah kemungkaran, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Kemudian Awie berkata lagi:


“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,”

Kita perlu jujur dengan diri sendiri. Perbuatan salah yang dilakukan masa lampau perlu ditinggalkan malah perlu dikutuk. Kalau dahulu jahiliyah, maka perbuatan jahiliyah itu hendaklah ditinggalkan habis dan membenterasnya sepertimana yang Rasulullah tunjukkan kepada umat Islam teerdahulu. Peminum-peminum arak zaman Rasulullah apabila turunnya ayat mengenai pengharaman arak, terus membuang semua arak yang tersimpan di dalam tempayan-tempayan dan kemudian menyeru orang lain tidak meminumnya lagi.

Sekarang saya ingin bertanya kepada Awie dan sekalian penyokongnya, kamu-kamu masih mahu meneruskan amalan jahiliyah yang kamu telah lalui selama ini dan kemudian menjadi penentang kepada golongan yang menyeru ke arah kebaikan dan melarang kejahatan?

Awie perlu diheret masuk ke kelas Fardhu Ain segera supaya belajar ugama Islam dengan lebih mendalam dan jangan bercakap ikut sedap rasa sehingga mengumpul lebih banyak dosa sedangkan pahala belum sebanyak mana
./GB Ulasan Tok
Bukan mudah untuk berdakwah terutama kepada mereka yang sudah lama hanyut di dunia maksiat. Nabi SAW pun ditentang oleh puak arab ini kan pula insan kerdil seperti Bob Lokman. Tok sudah mengikuti tazkirah Bob Lokman minggu lepas dalam sessi Sarapan Pagi Bersama Bob Lokman dalam perjalanan beliau dari Kluang ke Johor Bahru. Jelas Tok lihat keikhlasan beliau berhijrah. Beliau yang pernah mendapat pendidikan Sekolah Arab suatu masa dahulu dan cucu kepada Ulamak besar, Tok Kenali memang telah berubah jauh dari zaman jahiliah yang beliau telah lalui. Semoga Bob Lokman terus istikomah dengan hijrah beliau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.482996 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list