View: 8687|Reply: 0
|
Wanita Pengsan Ditumbuk Bekas Suami Yang Pecah Masuk Rumah Dan Curi Barangan Berharga
[Copy link]
|
|
Walaupun sudah berpisah tetapi masih menyusahkan.
Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki tergamak memecah masuk rumah bekas isterinya untuk melarikan barangan berharga pada Selasa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202502/07/085812saxig6x7ha671gig.jpg) Gambar hiasan
Dalam kejadian di Aceh, Indonesia itu, suspek dikenali sebagai N berusia 45 tahun dikatakan menceroboh masuk ke dalam rumah bekas pasangannya menerusi ruang saluran udara.
Insiden pecah masuk itu disedari oleh mangsa yang kemudiannya menyergah suspek.
Suspek yang terkejut bertindak menumbuk muka mangsa pada bahagian muka sehingga pengsan.
Antara barangan yang dicuri oleh suspek adalah beg tangan, telefon bimbit dan barang kemas.
Mangsa membuat laporan polis selepas kejadian dan suspek berjaya ditahan polis pada keesokan harinya.
Difahamkan mangsa dan suspek bercerai pada tahun lepas.
Kejadian ini bukan yang kali pertama berlaku, sebelum ini suspek pernah mencuri kad bank milik bekas isterinya.
Sumber- mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|