CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3697|Reply: 0

Tikam Bini Berulang Kali Depan Sekolah Anak

[Copy link]
Post time 6-2-2025 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki menikam isterinya hingga mati berhampiran sekolah anak mereka, kerana mengesyaki wanita tersebut menjalinkan hubungan cinta dengan rakannya.


Menurut polis, suspek dan mangsa telah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun.








Namun, hubungan mereka mula retak dua tahun lalu selepas suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan salah seorang rakannya.


Perkara tersebut menyebabkan mereka sering bertengkar dan kedua-duanya mengambil keputusan untuk tinggal berasingan sejak lapan bulan lalu.


Dalam kejadian dilaporkan berlaku di Vinayakanagar, berhampiran bandar Anekal, India, suspek ke rumah mangsa untuk melawat anak mereka pada Selasa malam.


Pertemuan tersebut berakhir dengan pertengkaran dan suspek sekali lagi datang pada pagi keesokannya.


Dia menunggu mangsa yang dalam perjalanan menghantar anak mereka kesekolah.


Ketika basikal mangsa menghampiri kawasan sekolah, suspek bertindak memintas dan menyerang mangsa dengan menikamnya berulang kali.


Saksi segera menghantar mangsa yang cedera parah ke hospital tetapi dia tidak dapat diselamatkan.


Polis berjaya menahan suspek dan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.114931 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list