CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5923|Reply: 0

Tiga wanita diselamatkan daripada sindiket penuaian ovum

[Copy link]
Post time 5-2-2025 03:46 PM | Show all posts |Read mode

PAVENA (kiri) bersama tiga wanita diselamatkan selepas terjebak dengan skim penipuan. FOTO Agensi

Bangkok: Tiga wanita di Thailand diselamatkan selepas terjebak dalam skim penuaian ovum manusia - bagi prosedur kesuburan seperti persenyawaan in vitro (IVF) - yang dikendalikan oleh samseng China di bekas republik Soviet Union dekat Georgia.

Bangkok Post melaporkan, usaha membebaskan mereka didorong oleh Pavena Hongsakula iaitu pengasas Yayasan Pavena untuk Kanak-kanak dan Wanita.

Pavena berkata, dia tahu mengenainya daripada wanita lain yang menjadi mangsa dan dibebaskan serta pulang ke Thailand pada September selepas membayar kumpulan itu kira-kira 70,000 baht (kira-kira RM9,239).

Mangsa memberitahu Pavena, ada warga Thailand lain masih terperangkap di 'ladang' penuaian ovum manusia itu kerana mereka tiada wang sebagai bayaran untuk membebaskan diri.

Polis Hal Ehwal Luar iaitu bahagian yang diketuai oleh Polis Mejar Jeneral Surapan Thaiprasert bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan dapat membantu tiga wanita lain pulang ke Thailand pada 30 Januari lalu.

Seorang mangsa yang bercakap dengan media melalui siaran langsung di laman Facebook (FB) yayasan berkata, dia terpedaya selepas melihat iklan pekerjaan di laman sosial yang menjanjikan pendapatan antara 400,000 (kira-kira RM52,794) hingga 600,000 baht (kira-kira RM79,191).

Bagi mendapat kepastian, dia menghubungi nombor tertera pada iklan dan diberitahu pekerjaan ditawarkan adalah menjadi ibu tumpang bagi pasangan yang tidak boleh mempunyai anak di Georgia, dan ia sah di sana.

Menurut wanita itu, majikan sudah membayar untuk permohonan pasportnya dan perbelanjaan perjalanan lain.

Dia dan kira-kira 10 yang lain ke Georgia pada Ogos, diketuai oleh seorang wanita Thailand yang dipercayai bekerja untuk kumpulan itu.

Setibanya di sana, mereka dibawa ke sebuah kawasan dengan empat rumah besar dan sekurang-kurangnya 100 wanita Thailand tinggal di situ.

Katanya, tempat itu dikendalikan samseng Cina dan ternyata tiada pasangan yang memohon mendapatkan ibu tumpang di situ.

Sebaliknya, mereka diberi hormon untuk merangsang ovari mereka dengan sebulan sekali, wanita itu dibius dan ovum mereka dikumpulkan.

Sebahagian daripada wanita itu tidak dibayar sama sekali.

Menurut Paveena, ovum yang dikumpul itu dipercayai dijual kemudian diperdagangkan di negara lain untuk kegunaan persenyawaan in vitro (IVF).

Polis berkata, siasatan masih diteruskan dan mungkin ada lagi mangsa yang akan diselamatkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 11:32 AM GMT+8 , Processed in 1.247089 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list