CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9265|Reply: 5

[Tempatan] PENGEMIS JALANAN WARGA ASING DI GEMPUR IMIGRESEN JOHOR

[Copy link]
Post time 5-2-2025 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-2-2025 09:25 PM


JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
05 FEBRUARI 2025
PENGEMIS JALANAN WARGA ASING DI GEMPUR IMIGRESEN JOHOR


Operasi bermula jam 7.00 petang itu dijalankan berikutan daripada maklumat awam dan risikan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor ke atas kegiatan mengemis yang melibatkan warga asing di sekitar Johor Bahru. Seramai 18 warga asing yang ditahan adalah terdiri daripada 04 lelaki warganegara China, 04 lelaki warganegara Thailand, 03 lelaki dan seorang perempuan warganegara Kemboja, 02 perempuan dan 02 lelaki warganegara Syria, seorang lelaki warganegara Bangladesh serta seorang lelaki warganegara Pakistan. Mereka yang ditahan adalah dalam lingkungan usia 40 tahun hingga 69 tahun.

Pengemis jalanan yang ditahan dipercayai ada yang kudung dan cacat anggota untuk meraih simpati pengunjung pasar malam. Hasil siasatan awal mendapati kesemua pengemis mampu meraih pendapatan purata harian sehingga RM600 seorang.

Kesemua yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menyeru kepada semua pelawat warganegara asing yang berada di Malaysia supaya mematuhi undang-undang dan peraturan Imigresen. Orang ramai juga diseru supaya menyalurkan maklumat tepat dan lengkap ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor melalui saluran:
PENGARAH IMIGRESEN NEGERI JOHOR
JABATAN IMMIGRESEN MALAYSIA


















































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2025 01:22 PM | Show all posts
Macamana mereka boleh masuk Malaysia dalam keadaan seperti itu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
RM600 sehari.....

Warganegara kita nk dptkn rm600 semgu pun susak
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 03:42 PM | Show all posts
ada sindiket kan.....

cuba perhati dari mana mereka datang dan bagai mana mereka pulang?
ada sindikat okay.... open secret
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 03:44 PM | Show all posts
sedangkan wartawan malaysia juga pernah menyamar jadi peminta sedekah...
lumayan ye dapat duit....

so, kepada yang memerlukan bantuan tu,
cuba adik2 duduk di mana mana kaki lima, pegang tempurung kelapa...
nanti senang duit masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nti ada la yg komen niat nk sedekah kena tipu tu urusan dia dgn tuhan yg penting pahala dh masuk.....ermmm mna ko tahu dpt pahala ke idok? Ngalahkan pa tuhan plk dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.103368 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list