View: 4494|Reply: 6
|
Kenaikan Tarif Elektrik Hanya Babitkan Industri Dan Golongan Mahakaya
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kadar kenaikan tarif elektrik hanya akan membabitkan industri yang akan berlaku mengikut kaedah Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) mulai Julai depan.
Menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mendakwa kerajaan bertindak secara "flip flop" dalam isu kenaikan tarif elektrik, Perdana Menteri berkata, beliau menyatakan perkara itu dengan jelas, yang mana kadar kenaikan itu tidak akan membabitkan 85 peratus rakyat.
Gambar Hiasan
Katanya, kadar kenaikan yang dinyatakan beliau dalam satu majlis semalam adalah maklum balas kepada ucapan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Ng Yih Pyng berhubung kenaikan tarif kepada industri.
"Saya beri maklum balas kepada permohonan beliau. Faham tak? Bukan kepada negara, bukan kepada rakyat.
"Saya kata, kenaikan itu pun tidak sampai 14 peratus seperti diumumkan, maknanya saya respon kepada industri kerana kenaikan tarif ini kepada industri dan golongan mahakaya. Kita pertahankan ini, apa dia?
"Kalau tidak cukai pada orang kaya, nak tambah peruntukan untuk sekolah, hospital, dari mana wangnya?
"Jadi kita kena terima kenyataan, kenaikan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya dan saya kata, kita tidak tolak ansur dan terpaksa naikkan tetapi tidak membabitkan 85 peratus rakyat.
"Dengar betul-betul. Ini dengar dengan sentimen marah. Ini penyakit marah, bukan penyakit fakta ekonomi," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Wan Ahmad Fayhsal sebelum itu mempersoalkan tindakan kerajaan, yang didakwa bersikap "flip flop" dalam isu kenaikan tarif elektrik, yang didakwa boleh membawa ketidakyakinan kepada pasaran.
Semalam, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun ini, tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.
Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa isi rumah berpendapatan rendah akan terus tidak terjejas oleh semakan tarif berkenaan.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pertumbuhan ekonomi negara ketika ini jauh meningkat dan meyakinkan, berbanding ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah.
"Ikut fakta dan data, ekonomi bukan wayang. Faktanya ringgit masih mengukuh walaupun keadaan geopolitik tidak menentu dan tarif dikenakan kepada negara lain.
"Itu faktanya, autanya lain, maknanya kita harus bezakan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk tipu pensokong je
If the price is too high, you are not the target market
If the speech sounds too nonsense, you are not the target audiance |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan Mahakaya tu siapa? Apa kriteria dia? Cemana nak identify & set the tarif kat dlm bil? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aq rasa cam pernah dengar ayat ni sebelum ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Eh camna sistem tahu bil untuk marhen ke atau golongan mahakaya? Mahakaya tu golongan camna - contoh yg tinggal kat bungalow atau asets dlm 10 million ke atas ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasala DSAI ni jenis suka sembang atas angin, semua nampak idealistik. Kena cukai orang kaya, bantu orang susah, bantu nelayan miskin bla bla.. tapi bila part macamana nak execute secara detail kelaut.. rasionalisasi ron95 sampai sekarang tak tau caner, mahakaya tu sapa sampai sekarang tatau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur.......
PH menang....rakyat senang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|