View: 5662|Reply: 6
|
[Tempatan]
3 lelaki termasuk warga emas ditahan bantu siasatan 2 kes rogol
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-2-2025 08:47 PM
3 lelaki termasuk warga emas ditahan bantu siasatan 2 kes rogol
GAMBAR hiasan
Kuala Selangor: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan termasuk warga emas bagi membantu siasatan dua kes rogol berasingan di Jeram, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, bagi kes pertama membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dirogol bapanya.
"Polis menerima laporan daripada ibu kandung mangsa jam 8.29 malam.
"Siasatan awal mendapati lelaki berusia 33 tahun bercerai dengan pengadu pada Februari 2022. Mangsa tinggal bersama suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azaharudin berkata, kanak-kanak malang itu dibenarkan tinggal bersama ibunya pada hujung minggu dan cuti sekolah.
Beliau berkata, pada jam 7 malam semalam mangsa memaklumkan kepada pengadu bahawa suspek merogolnya.
I
"Susulan laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bertindak menahan suspek," katanya.
Sementara itu, dalam kes kedua pula membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Azaharudin berkata, laporan dibuat datuk saudara mangsa pada jam 7.38 malam selepas remaja perempuan itu mengadu kepadanya.
"Siasatan awal mendapati dua suspek berusia 66 dan 21 tahun adalah datuk serta bapa saudara mangsa.
"Mangsa memaklumkan dirogol kedua-dua suspek," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek juga ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor.
"Kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 7 Februari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Disiarkan pada: February 2, 2025 @ 7:24pm
|
|
|
|
|
|
|
|
dua2 kes sumbang mahram |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 4-2-2025 12:48 PM
Kampung hang ni @B40tastePosh
Pejabat Tanah dan Galian Daereh Kuala Selangor itu berbeda banget yang ketimbeng Pejabat Taneh dan Daereh Sabak Bernem.
Kampung atok aku iyo neng Kuala Selangor rono. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 4-2-2025 12:59 PM
Pejabat Tanah dan Galian Daereh Kuala Selangor itu berbeda banget yang ketimbeng Pejabat Taneh dan ...
Bagi kitorang orang KL ni tanjong karang, skinchan, kola sangor, sabak bernam tu sama je |
|
|
|
|
|
|
|
Biggest sin di sini ialah sumbang mahram tapi tajuk highlight lelaki warga emas tu. Kote 66 tahun is a non issue ya no need to terkejut, harap maklum. |
|
|
|
|
|
|
| |
|