CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7516|Reply: 0

[Sarawak] “Kekuatan komuniti lebih berharga daripada perabot mewah yang musnah” – mangsa banjir RPR Sebiew

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:27 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Tarikh 29 Januari, yang sepatutnya menjadi simbol kegembiraan buat masyarakat Cina sempena hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina, bertukar menjadi mimpi ngeri bagi penduduk RPR Sebiew.

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir luar biasa yang menenggelamkan sebahagian besar kawasan perumahan tersebut.

Menurut Awangku Nazrulddin Awang Sh’ri, 44, situasi bertambah genting apabila air mula naik hingga ke paras lutut di Lorong B.

“Kami pada mulanya sangka ini mustahil.

“Selama 45 tahun, kawasan kami tidak pernah dilanda banjir.

“Namun, keadaan semakin genting apabila paras air terus meningkat tanpa amaran.

“Pada jam 2 petang, air sudah mencecah paras dada.

“Saya terpaksa meredah banjir untuk mencari bantuan bot.

“Ibu bapa saya uzur dan tidak mampu berjalan jauh,” jelas Awangku Nazrulddin.


Beliau akhirnya mendapat bantuan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Lorong A3.

Menurutnya, penduduk yang terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu dan Paragon, tetapi musibah tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.

“Rumah yang dulunya cantik kini musnah. Perabot mahal dan barangan elektrik semuanya rosak.

“Hati luluh melihat semuanya hilang sekelip mata,” luahnya dengan nada kecewa, dan menganggarkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Lebih memilukan, katanya, siasatan awal mendapati kejadian ini berpunca daripada kegagalan mendalamkan sungai serta masalah sampah yang menyekat aliran air.
“Kami harap pihak berwajib segera bertindak supaya tragedi ini tidak berulang,”ujarnya lagi.

Meskipun dihimpit kesedihan, Awangku Nazrulddin tetap bangkit dengan melakukan kerja- kerja membersihkan rumah dan persekitaran dengan bantuan saudara mara serta sukarelawan.

“Tragedi ini membuktikan bahawa kekuatan komuniti lebih berharga daripada perabot mewah yang musnah.

“Semoga ada pelangi selepas hujan,” tambahnya lagi.


Keadaan dalam kediaman Awangku Nazrulddin yang mengalami kerosakan akibat banjir luar biasa yang melanda Bintulu baru- baru ini.


Paras air yang menenggelamkan kenderaan milik keluarga Awangku Nazrulddin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.071243 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list