Edited by maklukpenggoda at 4-2-2025 02:40 AM
PETALING JAYA – Hangat dibuai gelora cinta, pempengaruh Ameera Khan berkongsi detik awal perkenalannya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol yang bermula menerusi pesanan peribadi dalam media sosial.
Menurut Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, hubungan mereka terjalin secara tidak dijangka seterusnya semakin rapat sekitar 2020.
Saya kenal Jefri selepas dia DM (mesej langsung) saya dalam Instagram. Waktu itu sama ada tahun 2020 atau 2021.
“Saya borak dengan dia sebab perasan DM tersebut dan kemudian kami mula rapat. Bila dah rapat, saya beritahu keluarga, tapi tak serius sangat sebab umur baru 19 atau 20 tahun.
“Cerita juga pada kakak dan mama, cuma mereka pun rasa saya budak lagi. 2020 dah tak bercakap, 2021 pun rapat sekejap sahaja,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Dalam proses perkenalan, Ameera menyifatkan pelakon filem Jakarta Vs Everybody itu seorang lelaki romantik yang penuh dengan kejutan manis.
“Tahun 2022, kakak saya Athisha pergi ke Jakarta. Bila dia tahu Athisha ada di sana, dia beli banyak hadiah untuk saya.
“Dia serahkan semua hadiah itu kepada Atisha bersama surat dan macam-macam lagi. Memang comel apabila fikir balik.
“2023 dia datang Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan saya tapi tak jadi. 2024 kami ada ‘shooting’ bersama dan rapat kembali. Saya percaya dengan masa yang ditetapkan Allah dan perancanganNya memang sempurna,” ujarnya.
Adik kepada selebriti popular Neelofa itu juga turut mengakui sering meluahkan isi hatinya berkaitan jodoh kepada ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed. Usahawan sensasi itu bahkan sering meminta didoakan ibunya jodoh yang baik-baik.
“Saya selalu doa tentang jodoh dan karier. Paling penting, saya selalu suruh mama doakan agar saya dapat jodoh terbaik.
Sinar Harian
|