Pontian: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 49 tahun yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.
Mohd Aliaries Md Jani yang beralamat di Batu 47 Kampung Parit Keroma, Ayer Baloi, di sini, masih bujang, tidak bekerja dan menjaga kedua ibu bapanya.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan pada 27 Januari lalu, pada jam 3 pagi.
Katanya, polis sedang berusaha mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu yang hilang.
"Dia berketinggian 165 sentimeter, berambut pendek dan bermisai nipis.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat dan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Kamarul Norau di talian 011-19770779 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
|