CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18147|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pasangan kekasih didakwa bunuh bayi perempuan

[Copy link]
Post time 1-2-2025 06:02 PM | Show all posts |Read mode


Seremban: Pasangan kekasih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bayi perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Nurul Ain Haslan, 19, dan Muhammad Ermer Irfan Hasren, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, dalam mencapai niat bersama pasangan itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang bayi perempuan.

Perbuatan didakwa dilakukan antara 5.30 pagi hingga 4 petang, 21 Januari lalu di sebuah rumah di Taman Intan Perdana, Teluk Kemang, Port Dickson.

Perbuatan itu satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, pasangan itu boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun serta dikenakan sebatan sehingga 12 kali sekiranya tidak dihukum mati.

Tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua tertuduh dan tiada jaminan ditawarkan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Februari depan di Mahkamah Majistret Port Dickson untuk laporan DNA, forensik, bedah siasat dan laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Media pada 22 Januari lalu melaporkanpasangan kekasih ditahan reman tujuh hari untuk siasatan menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian bayi cukup sifat.

Mereka sebelum itu ditahan pada 21 Januari, selepas polis menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Port Dickson, memaklumkan menerima pesakit perempuan tempatan yang melahirkan bayi, namun bayi gagal dikesan.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049193 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list