CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20712|Reply: 0

[Sabah] Pilih saluran media yang sahih untuk dapatkan maklumat

[Copy link]
Post time 1-2-2025 08:25 AM | Show all posts |Read mode


JIMMY GOH

KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) menasihatkan orang ramai terutama golongan belia agar memilih saluran yang betul dan sahih untuk mendapatkan maklumat semasa lebih-lebih lagi melalui media sosial.

Pengerusi KKJA, Jimmy Goh, berkata tindakan itu bagi mengelakkan ditipu oleh golongan tertentu.

“Baru-baru ini, berita palsu dan penipuan dalam talian semakin berleluasa, terutamanya di dalam platform media sosial seperti Facebook, di mana ia mencabar untuk membezakan fakta daripada maklumat salah.

“Ramai pihak termasuk pelancong luar menjadi mangsa penipuan dan salah satunya kes sindiket penipuan di Thailand baru-baru ini dan keadaan ini mengingatkan kita bahawa risiko yang sama boleh timbul di mana-mana sahaja.

“Kegiatan ini bukan sahaja mengancam ketenteraman sosial tetapi juga mencemarkan nama baik Sabah sebagai destinasi pelancongan yang selamat,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina di sini.

Oleh itu, katanya, pengguna seharusnya bijak memilih saluran betul sebagai contoh akhbar atau platfon yang diluluskan kerajaan berikutan ia diselia dalam menyediakan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai kepada orang ramai.

“Ini bukan sahaja cara yang penting untuk mendapatkan kebenaran tetapi juga cara yang berkesan untuk mengawal berita palsu dan maklumat yang mengelirukan.

“Dengan bergantung pada saluran berita yang sah, kita boleh tahu kesahihan maklumat dan melindungi diri kita daripada penipuan,” katanya.

Dalam hal ini, katanya, pihak media melaksanakan tanggungjawab untuk mendedahkan kebenaran dan menolak penipuan berita palsu.

Jimmy berkata dalam melangkah ke tahun baharu 2025, KKJA mengajak semua rakan sekerja untuk menyumbang kepada industri kewartawanan di Sabah.

Beliau berharap tahun baharu ini membawa kesihatan, kemakmuran dan kejayaan bersama.

"Sabah, tanah air kita yang indah, diberkati dengan sumber daya alam yang melimpah dan kepelbagaian budaya yang kaya, adalah kebanggaan setiap rakyat Sabah.

"Namun, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bahawa kita mesti mentadbir tanah air kita sendiri.

"Ini bukan sahaja mengenai menjaga autonomi Sabah, tetapi juga mengambil tanggungjawab terhadap rumah kita bersama. Kita tidak boleh membenarkan sesiapa untuk merosakkan kecantikan tanah ini—sama ada dalam ekonomi, masyarakat, atau persekitaran maklumat, kita mesti menjadi penjaganya," katanya.

Untuk itu, katanya, media di Sabah akan terus berusaha melaksana etika kewartawanan dan menyiarkan laporan tepat untuk memberikan maklumat tepat kepada orang ramai.

“Bahan media yang dikeluarkan wartawan beretika juga membantu pengguna membezakan antara berita benar dan palsu, sekali gus mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Tindakan ini juga mampu melindungi reputasi dan keselamatan Sabah dari pelbagai sisi,” katanya.

Katanya, KKJA juga akan terus meningkatkan profesionalisme wartawan, mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan dan pelbagai sektor masyarakat dan bekerjasama untuk membina persekitaran berita yang lebih telus dan boleh dipercayai.

“Pada masa yang sama, kami menggesa semua orang untuk menjaga maklumat dalam talian dengan berhati-hati, mengelak daripada menyebarkan mesej yang tidak sahih dan berganding bahu untuk melindungi tanah air kita," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.033382 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list