|
Lebih sebulan berada di Penjara Sungai Buloh, pelawak Along Cham menyifatkan ianya sebagai tempat dia muhasabah diri ketika berdepan ujian berat tersebut.
Memetik mStar Online, Along berkata fokus utamanya kini dia mahu membersihkan nama selepas tercemar akibat terpalit ujian berat tersebut.
“Saya anggap apa yang jadi ni sebagau dugaan dan masuk ke penjara adalah ‘dobi’ saya cuci hati saya. Saya cuma nak bersihkan saya yang telah difitnah,” katanya.
Sementara itu, Along berkata dia sedar ada mereka diluar sana yang tepuk tangan gembira apabila dia berada dalam penjara, namun dia itu tidak membuatkan dia lemah.
“Ramai orang tak tahu, saya masuk penjara sebenarnya ramai orang gembira siap bertepuk tnagan. Tapi saya akan jadi lebih buat dan takkan lemah dengan ujian yang sedang saya hadapi,” katanya.
Dalam pada itu, Along berkata dia mahu menghasilkan filem mengenai dirinya tidak lama lagi dimana berkenaan kisah benar tentang dirinya.
“Selain mahu membersihkan nama, saya akan terbitkan filem selepas ini. Cerita itu kisah benar diri saya, sama ada cepat atau lambat nanti sahaja,” katanya.
Sumber– mStar, Rotikaya |
|