CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3051|Reply: 0

[Sabah] STB sambut baik cadangan Life Water promosi tarikan Sabah

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-1-2025 08:08 AM



KUNJUNGAN: Joniston (dua kanan), Petrus (tengah) bersama wakil Life Water dan STB semasa kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Syarikat tersenarai awam tempatan, Life Water Berhad, mencadangkan potensi kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bagi mempromosikan Sabah melalui produk syarikat berkenaan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga  Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai menyambut baik cadangan itu dan menyifatkan ia sebagai cara kreatif untuk diselaraskan dengan kempen Terokai Sabah yang sedang berlangsung.

Katanya, kempen berkenaan mengetengahkan tawaran unik negeri ini dalam bentuk budaya, pengembaraan, dan alam semula jadi.

Beliau menekankan perkongsian seperti itu adalah kunci untuk memperkuatkan usaha promosi dan meningkatkan gambaran Sabah sebagai destinasi yang mesti dilawati, terutamanya sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

"STB terbuka untuk kerjasama dengan sektor swasta yang menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan dan memberi manfaat yang lebih luas kepada negeri ini," katanya.

Joniston berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat wakil syarikat Life Water yang diketuai oleh Pengerusi Life Water Datuk Petrus Gimbad di sini pada Rabu.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan juga menunjukkan perniagaan syarikat swasta boleh memainkan peranan yang bernilai dalam menyokong pelancongan tempatan serta meningkatkan kesedaran terhadap tarikan unik di Sabah.

Sementara itu, Petrus berkata, Life Water berminat untuk memaparkan elemen budaya, alam sekitar, dan pengembaraan Sabah dalam bentuk bungkusan minuman mereka.

Katanya, inisiatif itu bertujuan mengintegrasikan promosi pelancongan ke dalam produk pengguna harian sekali gus menghasilkan lebih banyak gambaran mengenai negeri ini.

Selain itu, pihaknya juga memaklumkan mengenai rancangan Life Water untuk bekerjasama dengan komuniti tempatan.

Menurutnya, rancangan itu bagi mempromosikan inisiatif pelancongan berasaskan komuniti dan menghasilkan video untuk memaparkan tempat-tempat pelancongan ikonik di Sabah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.033097 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list