View: 10045|Reply: 70
|
[Jenayah]
" Tak boleh tidur malam" Penternak lembu buat bantahan depan SUK Selangor
[Copy link]
|
|
Edited by B40tastePosh at 23-1-2025 12:59 PM
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
22 Januari 2025, 2:39 pm
Penternak lembu yang membuat bantahan aman di hadapan Bangunan SUK Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!
SHAH ALAM – Lebih 173 penternak lembu buntu memikirkan nasib mereka apabila diarah membawa keluar 4,000 ternakan mereka dari ladang SD Guthrie di seluruh Selangor ini selewat-lewatnya 31 Januari depan.
Rata-rata mereka terkejut menerima notis sejak 31 Disember lalu susulan syarikat berkenan didakwa sewenang-wenangnya mengeluarkan satu lagi notis menggunakan kenyataan Exco Kemajuan Desa Selangor, Datuk Rizam Ismail yang sebelum ini hanya menyatakan pemindahan lembu bagi penternak di Sabak Bernam sahaja.attachimg]2791471[/attachimg]
Seorang penternak, K. kanmamma, 62 berkata, penternakan lembu tersebut adalah sumber pendapatan utamanya membesarkan empat anaknya yang kini berusia 36 hingga 43 tahun selepas kematian suami sejak 26 tahun lalu.
Kata ibu tunggal itu, dia tidak mempunyai lokasi lain bagi proses pemindahan 100 lembunya yang diternak di ladang Bukit Rotan, Kuala Selangor.
“Menangis saya apabila terima notis itu, tidur pun tidak nyenyak bila fikir mana mahu letak lembu-lembu tersebut.
“Harga lembu pun tidak tinggi dengan anggaran RM1, 600 seekor ketika ini disebabkan lambakan lembu dari Thailand yang dipercayai diseludup masuk dengan dijual RM1, 000 seekor,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.
Terdahulu, lebih 100 penternak bersama Gabungan Penternak Marhaen Nasional melakukan bantahan sebelum 12 daripadanya yang diketuai salah seorang penyelaras gabungan itu, R. Vijayagandi dibenarkan masuk ke Bangunan SUK bagi memorandum kepada wakil Pejabat Menteri Besar Selangor.
Antara tuntutan memorandum itu adalah kerajaan negeri harus menarik balik kenyataan dikeluarkan Rizam dalam sidang akhbar pada 19 Disember.
Tuntutan itu juga mendesak campur tangan kerajaan negeri supaya SD Guthrie membatalkan notis tersebut selain mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan tidak membantu SD Guthrie menangkap lembu ternakan di dalam kawasan ladang.
Bagi R. Sheila, 42, yang merupakan generasi kedua penternak mahu solusi terbaik dan bukannya pengusiran dibuat pihak syarikat berkenaan.
Sementara itu, Penyelaras Gabungan Penternak Marhaen Nasional, S. Thiangaran menegaskan tindakan syarikat itu tersebut amat licik dan tersusun dalam mengeluarkan semua penternak hasil satu kenyataan dikeluarkan Exco Selangor.
“Daripada hanya 20 penternak di Sabak Bernam kini melarat kepada 153 yang lain di seluruh Selangor. Sepatutnya berunding dengan penternak. Alasan lembu makan pokok kecil adalah perkara remeh dan jangan sampai halau penternak. Selangor mana ada padang ragut dan takkan mahu musnahkan satu hutan bagi tujuan penternakan lembu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/01/22/penternak-lembu-buat-bantahan-depan-suk-selangor/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iras-iras kes setinggan mintak diusap-belai la ni.
Tanah tu dah tentu-tentu milik orang. Kena halau keluar jer la.
Apa lagi mau. |
|
|
|
|
|
|
|
PRU hari tu depa undi apa ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2025 01:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
white_musk replied at 23-1-2025 01:05 PM
PRU hari tu depa undi apa ya?
Undi UMNO
Menang YB Rizam kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2025 01:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by B40tastePosh at 23-1-2025 01:35 PM
airfilterkotor replied at 23-1-2025 01:05 PM
Iras-iras kes setinggan mintak diusap-belai la ni.
Tanah tu dah tentu-tentu milik orang. Kena halau ...
Kronologi Penyitaan Ternakan Lembu di Torkington, Sabak Bernam oleh Jabatan Veterinar
KES 1
‘Jangan pula tidak mengaku itu lembu kau’
Oleh NUR HIDAYAH MOHD. BOZID
24 Oktober 2024, 6:15 pm
Gambar yang dimuat naik di Facebook.
PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar seekor lembu di kawasan jirat Cina di Sapintas, Sabak Bernam semalam.
Menerusi hantaran oleh Rieza Sate di laman Facebook, Mohammad Zaidi Mohammad Salihan, 31, disahkan meninggal dunia selepas motosikalnya terlanggar haiwan yang berkeliaran di lokasi tersebut pada waktu petang.
Di ruangan komen, penduduk mendakwa mereka sudah lama membuat aduan mengenai haiwan berkeliaran di lokasi tersebut, namun masalah tersebut masih belum diselesaikan.
“Kepada pemilik lembu, jangan tidak mengaku lembu kau,” kata inidvidu yang memuat naik hantaran tersebut.
Perkongsian itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial dengan rata-rata mereka mengutuk sikap tidak bertanggungjawab pemilik haiwan berkenaan.
“Tak fasal orang lain jadi mangsa. Harap pihak berwajib ambil tindakan segera,” kata Diyya Ayda.
“Kes lembu (berkeliaran) ini belum selesai selagi tak ada yang bawa lori. Saya memang takut hendak lalu jalan situ. Lembu terlampau banyak,” kata Misliyanti Sabirin pula.
“Banyak aduan tapi keadaan masih sama. Malam berhati-hatilah,” nasihat Jamel Norly. – KOSMO! ONLINE
KES 2
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alasan lembu makan pokok kecil adalah perkara remeh dan jangan sampai halau penternak.
Perkara remeh kepala hangguk kau! |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain tak boleh tido ye, kau ternak seratus lembu letak kat ladang orang makan minum pree semua kat ladang org. Pastu malam2 lembu kau kuar duduk kat tengah jalan orang accident pastu kau pun buat bodoh. Bila lembu nak kena angkut time time kuar parang nak serang orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2025 01:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by B40tastePosh at 23-1-2025 01:49 PM
Samerosie replied at 23-1-2025 01:33 PM
Kemain tak boleh tido ye, kau ternak seratus lembu letak kat ladang orang makan minum pree semua kat ...
Ribuan lembu dalam Ladang Torkington tu.
Termasuk lembu2 aku dicuri disimpan dalam estate tu pada bulan 6 2024.
Kifarahnya, kawasan tu kesialan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2025 01:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aku tak boleh dedah sangat...aku ada cerita dalam bod MPS. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyelaras Gabungan Penternak Marhaen Nasional tu sepatutnya jawab bagi pihak, kenapa lombu-lombu tu dibiarkan bebas sehingga meragut nyawa orang lain?
Tapi yang dia sibukkan adalah penternak tu semua kena halau dari ladang. Syahdu.
Kau urang semua kena halau sebab:
-ceroboh kawasan bukan hak milik.
-kecuaian mengakibatkan kematian.
-banyak aduan penduduk sekitar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika semua nak percuma memang x dan laa |
|
|
|
|
|
|
|
lama dh tak ke sana
care to share sis, link thread uol tu
dpt nnt i fly sana
btw set2 terpaling victim ni mmg cenggini
takde maknanya nk layan
ko pandai ternak, pandai2 la ko setup lembu ko kt tanah ko sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
bela lembu dalam premis sendiri la..dalam tanah sendiri..jangan masuk premis atau tanah org lain...bengap sangat la. |
|
|
|
|
|
|
|
Derang mana ada tanah, lembu2 biarkan lepas kat ladang orang, kadang2 dia gi lepas kat tepi highway sebab situ rumput panjang. Senang je modal dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la buat gini. baru owner muncul. time lembu ko masuk tanah orang, makan segala tanaman, berak merata, sampai orang accident sebab lembu tido tengah jalan sekor owner pun taknak mengaku tu lembu dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
dasar betul la...lpstu memekak bila diarahkan nyah kau dr tanah owner..buduh |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 23-1-2025 01:33 PM
Kemain tak boleh tido ye, kau ternak seratus lembu letak kat ladang orang makan minum pree semua kat ...
Depa tu suka pelihara lembu/kerbau cara tak pikir org lain eh?suka suki je bior lembu merayap eh?yg kt jenderam tu kadang merayap kt kv...kt jln 4 lorong dpp-picc.... |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya adalah tanah ladang tu milik mak bapak mereka ke? Alasan berpuluh tahun bela lembu di situ itu tidak terpakai sebagai hujah. Tuan tanah ada hak tentukan peraturan di tanah milik mereka. Inilah kesannya apabila sekian lama bertolak-ansur hinggakan yang orang yang menumpang menganggap itu tanah mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2025 04:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
renko replied at 23-1-2025 04:10 PM
link thread
MPS bod...aku tak boleh citer dlm ni.
Tak boleh dedahkan takut orang tahu siapa gue |
|
|
|
|
|
|
| |
|