View: 19823|Reply: 61
|
[Jenayah]
Scammer Jual Kepala Gas Sebanyak RM377, Takutkan Mangsa Suruh Tukar Sebab Berbahaya, Jaga Ramai Anak Kat Rumah!
[Copy link]
|
|
Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita selepas diperdaya oleh seseorang individu untuk membeli ‘kepala gas’ (gas regulator) berserta berharga RM377.
Influencer bengang, individu jual kepala gas berharga RM377 kepada isterinya
Perkara tersebut diceritakan oleh suaminya sendiri yang juga seorang influencer automotif, Zaidan Zainuddin yang bengang dengan tindakan individu berkenaan.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Z Garage Evolution, Zaidan berkata penjual itu meyakinkan isterinya bahawa kepala gas yang digunakan di rumah mereka ketika ini berbahaya dan perlu ditukar demi keselamatan keluarga.
“Inilah kepala gas + hos yang berharga RM377 korang ‘pau’ isteri aku siang tadi! Eh aku faham orang-orang beruniform biru hijau ini hanyalah buat ‘direct selling’ (jualan langsung),” katanya.
Penjual ambil kesempatan jual kepala gas ketika isterinya sedang sibuk jaga anak-anak
Menurutnya, penjual tersebut meyakinkan isterinya untuk membeli kepala gas terbabit ketika wanita itu sedang sibuk menjaga anak-anak yang ramai di rumah.
“Korang ambil kesempatan pada situasi dia untuk buat jualan korang dan isteri aku bagi korang masuk rumah pula itu dan dia bagi korang RM377 itu,” katanya lagi.
Jelas Zaidan, wang bernilai RM377 itu amatlah berguna buat mereka untuk membeli barangan penting yang lain berbanding kepala gas terbabit.
“Korang seronok sekarang sebab berjaya yakinkan seorang ibu yang rapuh untuk membeli produk korang? Aku tertanya-tanya berapa ramai lagi yang korang telah tipu untuk membeli kepala gas itu,” ujarnya.
Menurutnya lagi, perkara terbabit sengaja dikongsikannya di media sosial agar individu-individu lain tidak menjadi mangsa seperti isterinya.
Berdasarkan semakan kami, harga bagi ‘gas regulator’ untuk kegunaan harian biasa di rumah hanyalah berharga sekitar RM25 hingga RM40.
Bagi kegunaan industri pula, ia boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada kualiti dan ketahanannya.
Namun bagi kegunaan rumah, cukup sekadar membeli ‘kepala gas’ yang berharga puluhan ringgit, yang penting mempunyai sijil Sirim. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bini kau tak tanya kau dulu ke cmne
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa scam kepala gas, pakej maintenance hose ni dah lama.. meols penah di ketuk pintu pasal ni jugak, siap juai rm50 then nak buat yearly maintenance ke hapa lama dah dulu circa 2002 ke camtu.. meols tgh isap susu botoi lagi time tu, so mmg tak la haku layan
mana nak cekau duit beli tepung susu, pampers bagai lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujung-hujung tahun 90 an dulu banyak. Lama dah tak dengar. Arwah nenek pun pernah kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mehmet at 23-1-2025 08:39 AM
Influencer ?? Rumah tak pasang cctv ?? Tak ada maid ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak iols pung oernah kena
Siap cakap nanti rumah meletup bagai .
Tp mak.iols tak beli |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pula si bini bagi org masuk rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 23-1-2025 08:15 AM
bini kau tak tanya kau dulu ke cmne
Mestilah dia tanya. Lepas tu selesman tu pun cakap, "paip gas makcik sudah keras, nanti tercabut sendiri, bahaya," selesman tu pun cabut paip di kepala gas, hulur ke tempat kosong, dan nyalakan lighter dekat hujung paip tu. Keluarlah api besar menyambar. Selesman tu pun kata, "nanti jadi macam ni masa makcik tengah masak kalau makcik tak tukar." Makcik yang tengah panik nampak api besar pun belilah kepala gas dia dengan harga tak masuk akal itu, serta paip getahnya sekali. Selesman tu pun siap yakinkan makcik itu bahawa produk mereka ada pemeriksaan berkala yang akan dilakukan oleh ejen yang pakai baju macam mereka, yang nampaknya sampai kiamat tak kunjung tiba. |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 23-1-2025 08:50 AM
engkau pernah kena ke?
Arwah nenek pernah. Aku turut dia dan tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Salesman tu tak salah. Alat keselamatan memang mahal. Perkara yang patut ditanya dia paksa bini ko buka pintu ka? Kemudian dia paksa beli ka? Apa pun terima kasih juga sanggup beritahu satu dunia kebodohan sendiri demi menyelamatkan duit orang lain. Bukan semua orang boleh buat yang itu. Tahniah! |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha,umah aku plak kalo diorg dtg aku ckp je pakai gas paip tu, tiap bulan org gas petronas dtg check,xperlu lg org lain |
|
|
|
|
|
|
|
A-Are replied at 23-1-2025 08:54 AM
kena pukau kot...
Mana ada pukau. Selesmen tu pandai buat orang tua panik saja. Macam scammer pengubahan wang haram tu la. |
|
|
|
|
|
|
|
pi lepuk bini tu dulu..
kenapa suka-suka bagi orang luar masuk rumah..
lagi pulak kata anak ramai..
buatnya dorang rompak culik anak korang cam mana..
zaman hp berkait kat tangan nijam pun masih tak alert bahaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana chuols maintain kepala gas dan hose nya? Meols dalam2-3 tahun akan suruh uncle gas yg check kan.kalau suruh tukar, meols tukar ler. So far dah 22 thn kat rumah ni, baru 2 x tukar kepala gas. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ko merempan kenapa? Pegi la hempuk bini ko tu sebab agree utk beli kepala gas tu. Dah selling price dia letak camtu. Nasi lemak tepi jalan ada tapi beli kat hotel 5-star. Pastu meroyan sebab mahal..?? |
|
|
|
|
|
|
|
yala...i olls bergurau ja...pukau bg i ols bukan la cara syikin tu tapi cara yg memukau sampai orang terpecaya dan terpedaya ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|