CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17979|Reply: 29

[Tempatan] Mangsa OKU Dan Keluarga Dapat Tajaan Pakej Umrah Dari Andalusia!

[Copy link]
Post time 23-1-2025 07:48 AM | Show all posts |Read mode


Terbaharu, pihak pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) telah bertindak memberikan pakej umrah kepada mangsa dan keluarga sebagai hadiah.

Pakej umrah terbabit diberikan secara percuma kepada mangsa iaitu Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, isterinya, Faridah Abdul Karim, 44 termasuk anak lelakinya, Ahmad Fakhrie, 19.

Jelas Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin pakej melakukan ibadah umrah itu diberikan kepada mereka menerusi satu panggilan video bersama isteri mangsa pada 20 Januari yang lalu.

Wakil Andalusia cawangan di Kuantan juga telah bertindak berkunjung ke rumah mangsa pada hari sama untuk memberikan segala kelengkapan mereka untuk menunaikan ibadah umrah.

“Dalam video berdurasi 1 minit 11 saat yang dimuat naik di Facebook Andalusia Kuantan itu, Ibrahim meluahkan rasa simpati terhadap mangsa sekali gus menyatakan hasratnya untuk menghadiahkan pakej umrah kepada mereka bertiga,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Berharap hadiah ke Tanah Suci dapat ubat hati mangsa dan keluarga

Dalam masa sama, Ibrahim juga mendoakan agar hati mangsa dan keluarga akan terubat apabila berada di Tanah Suci selepas insiden yang berlaku.

Hadiah pakej umrah itu secara tidak langsung membuatkan Faridah berasa terharu serta mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan pengedali umrah itu dan mendoakan Allah SWT dapat membalas jasa baik mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2025 02:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 01:25 PM | Show all posts
Macam mana pula akibat OKU kena pukul family dapat pergi umrah free? Where's the connection.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan serious. Boleh ke org sakit mental buat umrah? Serious tak tau ni. Bukan perli ke apa ke. Mmg betul2 nk tau jawapan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 02:18 PM | Show all posts
Tengok jebis jugak kot..kalau dah macam efek otak menjejaskan pertuturan apa lagi pertimbangan..atau bahasa kampung..mcm org gila..aku rasa Islam dah bagi pelepasan.
Aku tengok sedara kt kg..walaupun umur dah nak cecah 50'an..duduk dgn org tuanya, hari2 kerja dia berjalan kaki pusing kampung..jumpa kwan2 yg dah berkeluarga..diorang belanja la dia.
Dia OKU pun sebab excident motor masa sekolah. Doktor kata 50-50..kalau hidup pun tak serupa dulu. Kdg aku solat sebelah dia..susah payah dia nak sebut asyyhadu..asyyahadu..ye lah bahagian dia macam tu.
Rezekilah untuk keluarga yg jaga OKU. dan rezeki tak datang selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 05:17 PM | Show all posts
Ms.Mangga replied at 23-1-2025 02:11 PM
Soalan serious. Boleh ke org sakit mental buat umrah? Serious tak tau ni. Bukan perli ke apa ke. Mmg ...

Mungkin bergantung kepada pemeriksaan doktor juga kot. Sakit mental kan ada banyak jenis dan tahapnya juga. Kalau jenis tiada kewarasan yang membahayakan, takkan lah doktor nak endorsed medical check up tu nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Butterfly41 replied at 23-1-2025 05:17 PM
Mungkin bergantung kepada pemeriksaan doktor juga kot. Sakit mental kan ada banyak jenis dan tahap ...

Tp kalau tgk video yg dia kena bantai & video dia kat traffic light tu mcm bahaya je. Tah la. Rezeki dia & keluarga la ek. Alhamdulillah la. Berkat jaga org sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana rasa tanggungjawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2025 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezeki dia sekeluarga
Nak ckp lebih karang mcm #dengkike lak
Tp...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 10:18 PM | Show all posts
Ms.Mangga replied at 23-1-2025 08:08 PM
Tp kalau tgk video yg dia kena bantai & video dia kat traffic light tu mcm bahaya je. Tah la. Reze ...

Bukan berkat jaga orang sakit tapi berkat viral. Kalau tak ada kes ko jagalah sampai kiamat pun tak siapa kisah. Banyak lagi orang jaga orang sakit gila or otherwise kat tanah air ni tak ada pula tour agent nak bawa pi umrah free. Aku memang tak mampu bersangka baik lah.



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki OKU baran pemukul bini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-1-2025 02:18 PM
Bukan berkat jaga orang sakit tapi berkat viral. Kalau tak ada kes ko jagalah sampai kiamat pun ta ...

Takyah bersangka baik. Ular ja suma dalam cerita ni. Demi bisnis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Si Zahidah tu kena pukul sampai jadik OKU, takda pula keluarga dia dapat pakej melancong pi umroh free.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menunggang atas agama kerana viral ke ??
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg naik motor menari2 itu OKU ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:03 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 23-1-2025 10:43 PM
Takyah bersangka baik. Ular ja suma dalam cerita ni. Demi bisnis.

actually aku pun tak faham konsep 'bersangka baik' ni. Aku judge ikut penilaian sendiri, kalau dah nampak buruk kenapa nak sangka otherwise

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan buat hal kat mekah nnt
Semua pak ereb badan bagak2..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:41 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 23-1-2025 10:44 PM
Si Zahidah tu kena pukul sampai jadik OKU, takda pula keluarga dia dapat pakej melancong pi umroh fr ...

Kesian bekas guru ni. Bukan diri dia je jadi OKU malah anak yang lahir pun OKU asbab kurang nutrisi waktu dalam kandungan. Bekas suami seronok lepas bebas siap dah kahwin baru lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:02 AM | Show all posts
likilu replied at 23-1-2025 09:57 PM
Mana rasa tanggungjawab

Tak pasti la kan. Tajaan tu siapa2 pun boleh taja tapi medical check up belum tentu dapat lepas. Mungkin sebenarnya rezeki ni lebih kepada anak dan isterinya je. Cara tuhan nak menjemput tetamu yang dikehendaki-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-1-2025 03:03 PM
actually aku pun tak faham konsep 'bersangka baik' ni. Aku judge ikut penilaian sendiri, kalau dah ...

Konsep bersangka baik bagi aku la, yang sebener2nya, adalah kita purak2 komen baik padahal dalam hati dah jahat fikior memacam. Tapi sebab takut malaikat caught up dengan hapo kita fikir, kena la mentioned yang baik2 jur. Untuk protect diri sindri or self image or tiket ke sorga ja sebenarnya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.342821 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list