CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6714|Reply: 14

[Tempatan] Pelajar 17 tahun maut dalam kemalangan jam 4.30 pagi

[Copy link]
Post time 21-1-2025 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 21, 2025 @ 11:58am
[email protected]


Seorang remaja berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. - Foto ihsan PDRM


BAYAN LEPAS: Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 17 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda C100 disyaki terbabit dengan aktiviti merempit.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa yang memiliki lesen L disahkan meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah di anggota badan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Georgetown ke Batu Maung.

"Ketika tiba di hadapan sebuah kilang, motosikal ditunggang mangsa terbabas selepas berlanggar dengan sebuah lagi motosikal.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sazalee berkata, punca kemalangan masih belum dapat dipastikan dan setakat ini tiada saksi yang tampil membantu siasatan.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

"Mangsa disyaki terbabit dengan aktiviti merempit bersama rakannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Rakan mangsa sudah diambil keterangan bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 42 APJ 1987 dan dijangka direman esok di Mahkamah Balik Pulau," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mlm minggu sesiapa yg dok penang area pulau jgn la dok pi kat seagate tu pening tgk anak antoo dok merempit dari tgh mlm sampai subuh…kena tahan ulang2 jugak dah ada yg mati still merempit jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 21-1-2025 01:43 PM
mlm minggu sesiapa yg dok penang area pulau jgn la dok pi kat seagate tu pening tgk anak antoo dok m ...

tg mati....teruskan mati dia..yg hidup...teruskan...merempit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 02:04 PM | Show all posts
baru habis SPM la kan? nnt dpt result mula la naik VTT kt Tiktok mengenang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 02:16 PM | Show all posts
mesti baru habis spm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rempit???

Sorry No Al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati bukan dalam Khusul Khotimah.... Nauzubillahi min zalik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak merdeka.. Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 02:41 PM | Show all posts
merempit ke...elok lah mati awal...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 02:48 PM | Show all posts
direct je disyaki aktiviti merempit
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah
Takde nak sorok2 dah
Terus je bgth merempit ya. Lain machiam
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
At least,mati di jalan yang lurus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 03:19 PM | Show all posts
Mlm minggu ka public cuti anak antoo keluar la. Belum lg masuk geng konvoi keta modified pun sama naik test kreta
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 03:29 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-1-2025 02:48 PM
direct je disyaki aktiviti merempit

udah pukul 4.30 pagi kome..apa dibuat atas hiway tu takkan nak hantar grab food pulak

tak tau  la pulak kot nak pi qiyamullail kt masjid

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046009 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list