View: 9850|Reply: 10
|
[Jenayah]
"Kau Rasa Berkat Ke?" -Lelaki Berhabis Guna Duit Sendiri, Takkan Halalkan Orang Yang Mencuri!
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Iman Kamil tampil menegur individu-individu termasuk penjual yang suka menggunakan videonya untuk meraih keuntungan sendiri.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@yes_iman), dia mendedahkan jumlah yang harus dibelanjakannya setiap bulan hanya untuk membuat video ‘review’ affiliate miliknya sendiri.
Menurut Iman, tidak semua produk atau barangan yang ada padanya adalah ditaja, sebaliknya dia harus membeli menggunakan duitnya sendiri.
Dalam video tersebut, Iman juga menunjukkan jumlah yang telah dibayarnya iaitu RM2,996.64 bagi produk-produk yang akan dijadikan video affiliate bulan hadapan.
“Aku nak bagi tahu untuk sesiapa yang senang-senang curi video orang lepas itu letak link (affiliate) sendiri, buat duit sendiri atas video orang, kau rasa berkat ke?
“Aku habis beribu-ribu tahu tak untuk setiap bulan, aku pernah habis RM5,000-RM6,000 untuk satu bulan bergantung pada produk, kalau produk itu mahal aku kena beli lah produk-produk yang mahal.
“Sebab itu sampai RM5,000-RM6,000 aku pernah habiskan untuk nak buat video lepas itu senang-senang orang ambil video aku dan letak (link) affiliate sendiri,” katanya.
Menurutnya lagi, dia juga terpaksa menanggung rugi dengan tidak memuat naik video ‘review’ sekiranya produk yang telah dibeli itu tidak sama seperti apa yang diiiklankan oleh penjual.
Iman tak halalkan sesiapa sahaja yang curi videonya
Dalam pada itu, Imam juga tidak menghalalkan sesiapa sahaja yang telah mencuri videonya selama ini untuk meraih keuntungan sendiri.
Fuh bab halal and haram tak boleh buat main-main, korang yang pernah curi video-video orang lain and letak link affiliate sendiri sebaiknya berhentilah.
Mesti rasa lagi puas hati kalau korang buat video sendiri berbekalkan modal sendiri, insya-Allah lebih berkat. ????
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
47 pun boleh lepas dik, masuk 10% dalam tabung surau, kira dah suci tu |
|
|
|
|
|
|
|
integriti tak de
ada sesetengah tu mmg dh bg tau siap2 boleh je ambik
tp letak sumber asal, credit nama
maybe lps ni die kena ltk siap2 larangan utk tidak copy video die
1 lg, akta plagiat tak terpakai ke utk video content yg ceduk dr video org lain
btw berapa agknya income die ni
sampai kena keluar modal beribu mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
hurmm betul juga kan 47 pun boleh lepas
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah sanggup mencuri tu, mana nak kezzah pasal berkat, halal haram sume ni.. watermark je la bideo konten tu tak bole ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde cara ka nak elak bideo drp kena ceduk? |
|
|
|
|
|
|
|
dapatkan income aktiviti lagha berkaitan video photo internet
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 21-1-2025 08:45 AM
integriti tak de
ada sesetengah tu mmg dh bg tau siap2 boleh je ambik
tp letak sumber asal, credit n ...
iols pernah bc kat thread ada h/wife dpt 9k++/month buat affiliate ni.
tp rasanya tu plg max dia pernah dpt kot belum tolak modal lg sbb thread tu berkenaan dia nak kerja lepas 11thn jd fulltime h/wife |
|
|
|
|
|
|
|
wow. that's a lot
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ttok ... mana boleh guna video orang ... terus hilang beg kuning ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|