CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20734|Reply: 6

Bulan berada dalam bahaya

[Copy link]
Post time 17-1-2025 10:42 PM | Show all posts |Read mode





WASHINGTON  – Dana Monumen Dunia (WMF) telah menambah Bulan ke dalam senarai tapak bersejarahnya yang terancam buat kali pertama, lapor portal berita RT semalam.


Ia memetik risiko yang ditimbulkan oleh eksplorasi angkasa lepas komersial ke kawasan tapak pendaratan Bulan.


“Apabila era baharu penerokaan angkasa lepas muncul, peninggalan bersejarah pendaratan awal di Bulan menjadi terancam dan  menjejaskan simbol kekal pencapaian manusia secara kolektif.


“Pada 20 Julai 1969, apabila misi Apollo 11 mendarat, 650 juta orang di Bumi menyaksikan manusia berjalan di permukaan Bulan buat kali pertama,” kata WMF di laman webnya.


Angkasawan Apollo 11 meninggalkan 106 artifak di tapak pendaratan Tranquility Base termasuk modul pendaratan, instrumen saintifik dan bekas tapak but ikonik angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong.


Menurut WMF, Tranquility Base ialah salah satu daripada lebih 90 tapak pendaratan dan mempunyai kesan bersejarah sebagai lokasi kehadiran manusia di permukaan Bulan.


“Kebangkitan semula aktiviti manusia di Bulan, termasuk industri angkasa komersial yang berkembang pesat meletakkan Bulan dalam risiko,” kata WMF.


“Penerokaan Bulan akhirnya boleh menjejaskan warisan budaya yang benar-benar unik, menghilangkan artifak dan memadamkan selama-lamanya bekas tapak but (Armstrong) dan jejak ikonik di permukaan Bulan,” kata WMF. – AGENSI




Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 11:09 AM | Show all posts
manusia mendarat di bulan pada 1969 - hoax kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
gru curik ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 05:58 PM | Show all posts
baru dotaga tahun selepas 'The Sound Of Music' ... ada ke patut   .... P.Ramlee pon masih sihat walafiat ....Madonna barangkali pon masih belum datang bulan  ....  ramai anak org politaik pon masih belum sunat

weols hilang focus masa tu ... maklum la,  tahun 1969,   Mei 13,  weols nak focus pancung puak ciptaan Allah yg lain demi pahala besar
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Paiya replied at 19-1-2025 11:09 AM
manusia mendarat di bulan pada 1969 - hoax kan?

Abes tu camne neil armstrong boleh dengan azan di bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 08:45 PM | Show all posts
bulan sudah gerahana
mana kan pula badrul muhayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2025 01:33 PM | Show all posts
kemaruk replied at 19-1-2025 06:08 PM
Abes tu camne neil armstrong boleh dengan azan di bulan?

hoax jg mungkin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.114048 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list