View: 10237|Reply: 77
|
‘Tak payahlah kahwin, rumah orang tua sekarang best’ - Syafinaz Selamat
[Copy link]
|
|
BARU menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 pada 11 Januari lalu, penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat sudah terfikir tentang sisa usia yang barangkali akan dihabiskan di rumah penjagaan orang tua.
Baginya, rumah penjagaan warga emas sekarang bukan seperti dahulu dan dia sendiri pernah menilik-nilik lokasi sesuai.
“Saya terfikir dan telah ‘survey’ rumah orang tua yang mungkin saya boleh masuk satu hari nanti. Sebab rumah orang tua zaman sekarang ‘best’. Bukan macam kita tengok dulu-dulu.
“Jadi, saya tidak menidakkan kemungkinan yang saya akan masuk rumah orang tua satu hari nanti,” katanya diselangi gelak ketawa.
Ditanya kenapa tidak mencari teman hidup sahaja agar dapat menjadi peneman meniti hari tua, pelantun lagu Ingin Bersamamu itu berhujah, perkahwinan mungkin akan membuatnya bertambah pening kepala.
“Ramai orang asyik bertanyakan soal jodoh sejak hari pertama saya bergelar penyanyi sehinggalah hari ini.
“Tetapi saya nak kongsikan satu kisah yang saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Allahyarham Datuk Sharifah Aini pernah beritahu saya, tak payah kahwinlah.
“Katanya, jika saya berniat untuk berkahwin, saya patut berkahwin dengan seseorang dari negara Barat, kalau tidak, tak payah kahwin katanya,” kongsinya.
Juri tetap Gegar Vaganza ini tidak pernah menganggap kata-kata biduanita itu sebagai sesuatu yang harus diambil serius kerana baginya jodoh dan maut adalah ketentuan tuhan.
“Jodoh di tangan tuhan. Kalau Dia kata tak ada, maka tiada tetapi kalau Dia kata ada, saya terima.
“Buat masa ini, berkahwin bukanlah keutamaan dalam hidup saya. Kalau ada lelaki yang sesuai dan senang mata memandang, saya okey, tiada masalah.
“Yang penting dia perlu faham saya dan tidak meletakkan limitasi tentang apa yang saya mahu lakukan dalam hidup,” jelasnya.
Puntianak
Melibatkan susuk tubuhnya yang langsing dan wajahnya yang masih tegang, pasti ramai yang mencemburui bentuk fizikal yang dimiliki Syafinaz. Malah ada yang menggelarnya sebagai ‘vampire’ kerana tidak makan usia.
Namun kata Syafinaz apa yang dimilikinya sekarang adalah hasil penjagaan diri merangkumi cara pemakanan dan senaman.
“Penjagaan tubuh dan mental sangat penting. Tak mungkin dengan hanya berfikir untuk sentiasa kelihatan muda anda akan menjadi muda, perlu disulami tindakan.
“Pada saya pemakanan yang seimbang sangat penting. Begitu juga dengan fikiran yang positif. Kalau nak kekal kelihatan muda, minda dan hati kena sentiasa muda. Perlu jalani hidup dengan gembira.
“Cuma kini saya lebihkan pengambilan protein kerana sekarang saya amalkan senaman angkat berat.
“Pada usia begini, kekuatan otot sangat penting. Orang selalu fikir nak kurus, nak cantik dan muda. Tetapi untuk saya semua itu jatuh nombor dua. Yang paling utama adalah kesihatan.
“Bila kita kuat, lebih senang untuk bekerja, tak perlulah nanti bila dah tua nak kena ada orang tolong angkatkan beg,” katanya mengakhiri perbualan.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
dh tua pun mmg tk fikir kawin.. pd aku elok begitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka dah nampak berusia...dulu she awet muda...but i tak heren she x kawin...saudara mara i ramai dah reach 40s and 50s x kawin pon... better single dari asal berlaki tapi x berkualiti dan menyakitkan hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
org mcm tok Naz ni, lelaki pun takut nk dekat. pikir bnyk kali nak dekat.tp i suka tgk org single mcm tok Naz ni, nmpk steady je. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_PariS replied at 17-1-2025 10:28 AM
dh tua pun mmg tk fikir kawin.. pd aku elok begitu..
Baguskan sheol. Xde ler pd umur mcm ni post "kau yg mendamaikan" ke apa. X sesuai dgn umur nk post mcm budak tumbuh buku tiak. Dari umur 20 sampai 50 xkan asyik duk nk kena tnya soalan psl kapel manjang. Rasa nk bteman, kawen je. Nmpk ler matang |
|
|
|
|
|
|
|
bijak dan elegant
achik admire dia
|
|
|
|
|
|
|
|
steady lah tok naz.. takyah kahwin if she already happy dgn life skrg..takyah sibuk asyik bertanya bila nak kawin bla2..wahai netizen, korang yg dah kawen pon ada mcm2 masalah dgn family, laki, ipar duai..kan..you all should know better... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dgn bersendiri tu lebih membahagiakan, why not
Lagi pun dah lbh 50 tahun hidup solo, susah tau nak adjust as duo pulak
Jaga diri sdr lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Steady lah Tok Naz…live yr own life as you like
kalau dah 50 , duit ada, karier ada ….better hidup single. Ramai wanita berkarier single dan happy. Duit guna utk pamper diri, utk travel
kalau kawin dgn lelaki yg sebaya atau lebih tua, tak lama lagi kena jaga org sakit
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada manusia ni dia igt semua mcm dia. Nk kawen nk kawen. Kalau andartu mksudnya org tak nak la tu. Padahan si andartu tu yg xnk lelaki2 yg xberkualiti tu. Klu ada yg berkualiti dia nak la. Org xkisah pon xberlaki hanya bini2 org yg laki sengkek je kesian tgk pompuan lain xberlaki. Sbb dia igt org lain pon mcm dia pulun nk berlaki |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi agama, hmm hmm ajelah.. sebab dalam Islam, digalakkan berkahwin dan beranak pinak, meramaikan umat.
Iols respek pendapat peribadi sheols. iyelah, hukum berkahwin pun ada wajib, harus, bagai.
secara tak langsung, artikel sheols ni memberi kesedaran orang awam terhadap kemudahan dan infrastruktur rumah orang tua di Malaysia ni.
tatkala dunia menghadapi negara kelabu (greying country), dimana orang tua lebih ramai berbanding orang muda, memang ramai dok sibuk cari rumah orang tua yang selesa. tambahan lagi dengan kes perceraian, negara duda dan janda, bujang lapok dan andartu, tak berkahwin, tak mampu berkahwin, atau yang kahwin tapi tak beranak pinak. dari sudut pandangan lain, orang tua yang sendiri memilih untuk duduk di rumah orang tua sebab tanak menyusahkan/ merisaukan anak-anak, atau cuma nak berkawan, tanak sunyi. tak lupa kes drama, anak-anak yang tinggalkan mak ayah di rumah orang tua.
entah kemana nasib Iols, weols semua di hari tua nanti eh?
tiba2 termenung jauh. apelah Iols bebelkan sorang-sorang ni..
tapi Iols setuju dengan saranan terakhir sheols tu, kesihatan lebih penting daripada kecantikan. cantik itu sementara dan subjektif, tapi ternyata, orang sihat lebih menyerlah berbanding rupa paras. ada aura gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
out of topic, arwah tok pah dulu mmg tak suka ex laki dia kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by duri_durians at 17-1-2025 02:53 PM
tak silap ada baca cerai lepas beranak sbb ex laki sbnarnya dah ada bini. harap betul la apa aku baca tu. kalau tak betul, ampun maaf dipinta.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak silap arwah mcm ada isu dgan mak mertua.. lupa dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau happy single buat apa nk kawen? Dh mmg blm ada jodoh. Suka tgk dia ni. Setiap kali org tny pasal laki je dia akan jwb gelak2 senyum2. Xde bitter. Dah la cantik |
|
|
|
|
|
|
|
baya dia mmg kulit akan hilang firmness
kalau buat muka akan nampak scary mcm ahkak ratu
biarlah age naturally
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu dgn mak sendiri rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Pinaz tua setahun pada Ratu. Ratu kaw2 agaknya jaga sampai taknak tua.
|
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 17-1-2025 11:54 AM
Ada manusia ni dia igt semua mcm dia. Nk kawen nk kawen. Kalau andartu mksudnya org tak nak la tu. P ...
Hahaha kannn. Being in marriage is fine but sometimes married people promoting marriage like a cult. Sibuk risau tengok orang lain tak kahwin macam dia padahal dia dah kahwin hidup hari hari miserable juga duit tak pernah cukup untuk diri sendiri lah, nak keluar have fun pun isteri/suami tak bagilah, tak cukup tidur jaga anak lah, kalau yang kerja tu asyik lah el or mc sebab anak pun sakit etc.
Like tak semua orang prepared to live that kind of life. Kalau single hidup sorang fikir diri sendiri je. Plus people who chose to live a single life sometimes also have their own reasons. Ada yang memang takde jodoh, ada yang memilih sebab elok lah memilih dari kahwin dengan pasangan hauk, ada yang jaga parents ke apa tak nak tambah tanggungjawab lain nak jaga anak isteri pulak. Banyak lah. Zaman dah modern ramai je memang tak fikir sangat pasal kahwin kahwin ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|