View: 8401|Reply: 7
|
Nyanyi Lagu Squid Game, Bapa Tahan Gelak Masa Tengah Solat!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang bapa yang menahan ketawa sewaktu solat bersama dengan anak lelakinya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Dekna Solehah, awalnya kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang lengkap memakai jubah dan berkopiah sedang berdiri di sebelah ayahnya yang ketika itu sedang solat.
Melihat si ayah mengangkat takbir untuk rukuk, dia kemudian memandang lelaki itu sambil mengikutnya.
Namun gelagat si kecil itu mula menjadi perhatian apabila dia dilihat rukuk sambil tersenyum memandang ayah.
Gelagatnya itu secara tidak langsung membuatkan ayah tidak keruan dan cuba untuk menahan ketawanya agar solat didirikan tidak terbatal.
Sempat pula nyanyi lagu dalam permainan Squid Game
Sebaik bangun dari rukuk membaca doa iktidal, si anak kemudian menyanyikan lagu dalam salah satu permainan yang dimain dalam filem Squid Game musim pertama dan kedua.
Si ayah kemudian meneruskan solatnya dengan sujud dan masih cuba menahan ketawa.
“Pandai dia ambil sejadah pergi sembahyang tepi ayah dia. Lepas tu, dia boleh pula nyanyi lagu Squid Game.
“Akhirnya dia kena lah dengan ayahnya tu, sebab ayah dia kena sembahyang sekali lagi,” kata Dekna terhibur melihat gelagat dua beranak itu.
Ramai geli hati lihat gelagat dua beranak ketika solat
Melihat di ruangan komen, ramai yang geli hati melihat tingkah laku kanak-kanak itu yang menjadi ujian buat si ayah ketika mendirikan solat.
Malah ada yang mengatakan selain mendirikan solat bersama rakan mendirikan solat bersama anak juga adalah satu dugaan. Ini kerana adakalanya tingkah laku mereka membuatkan kita terhibur sewaktu sedang solat.
“Jaga-jaga godaan yang macam ni lagi hebat daripada godaan syaitan”
“Sorry dik acik tergelak dengan kau puas menyanyi tu, sian bapa kau dik tahan gelak” |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang ambil video tu saje buat content. Sepatutnya dia halang perbuatan budak tu. Ni boleh record pulak untuk content.
Kalau I kena, sure I dah sekeh kela yang ambil video tu. |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 17-1-2025 03:10 PM
Orang yang ambil video tu saje buat content. Sepatutnya dia halang perbuatan budak tu. Ni boleh reco ...
Perkara spt ini akn 'menambah mata' kita(bangsa,agama dan negara) kt arena antarabangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap komen bermakna sokongan untuk TT buka lebih banyak thread sampah. Tapi kalau tak post komen macam mana nak cerca. Takpe lah aku sedeqah hanat ni satu post dah itu sumber rezeki dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak rasa kelakar langsung..bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Errr.
Tak comel dan kelakar pun?
Setakat gitu, takkan buat I tergelak pun.
Maaaap shakap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|