CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4563|Reply: 0

SEC AS saman Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter

[Copy link]
Post time 15-1-2025 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Elon Musk berjalan di Capitol Hill selepas bertemu Senator John Thune (R-SD), di Washington, Disember lalu. - Foto fail REUTERS.

WASHINGTON: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) menyaman jutawan teknologi Elon Musk, kerana mendakwa beliau gagal mengisytiharkan secara tepat pemilikannya terhadap lebih lima peratus saham Twitter sebelum mengambil alih syarikat itu pada 2022.

Laporan agensi berita Jerman (dpa), SEC mendakwa bahawa Musk mula membeli saham Twitter pada awal 2022 dan melepasi had lima peratus pada 14 Mac 2022.



Mengikut undang-undang, beliau sepatutnya mengisytiharkan fakta itu secara terbuka dalam tempoh 10 hari, tetapi tidak mengumumkan sudah memegang saham syarikat sebanyak sembilan peratus sehingga 4 April, iaitu 11 hari lewat, kata SEC.

Menurut fail SEC, harga saham Twitter melonjak 27 peratus selepas pengisytiharan itu. Agensi itu menganalisis pembelian Musk dan menyimpulkan bahawa beliau "membayar kurang sekurang-kurangnya US$150 juta (RM675 juta) untuk pembelian saham biasa Twitter pada tempoh itu."

Pemegang saham yang menjual saham mereka kepada Musk sepanjang tempoh itu dilaporkan mengalami kerugian kewangan, dakwa saman itu.

SEC menuntut agar Musk membayar kembali jumlah itu ditambah dengan denda tambahan.

Peguam Musk, Alex Spiro, menangkis dakwaan itu dengan menyatakan bahawa jutawan teknologi itu "tidak melakukan apa-apa kesalahan."

Dalam kenyataan kepada perkhidmatan kewangan Bloomberg, beliau juga menyebut mengenai "kempen gangguan bertahun-tahun" oleh SEC terhadap Musk.

Tidak jelas bagaimana tuntutan mahkamah akan diteruskan.

Musk adalah orang kepercayaan Donald Trump, yang akan mengangkat sumpah sebagai presiden AS yang baharu pada 20 Januari ini.

Perubahan pentadbiran ini juga akan membawa perubahan kepimpinan di SEC.

Pengerusi SEC yang sedang berkhidmat Gary Gensler mengumumkan beliau akan meletak jawatan.

Musk membeli Twitter pada Oktober 2022 dengan harga US$44 bilion (RM198 juta). Beliau kemudian menukar nama platform dalam talian itu kepada X.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.031463 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list