CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4702|Reply: 0

[Sabah] KOPEKS ceburi perniagaan berskala besar, beri banyak manfaat dan kelebihan kepada anggota koperasi

[Copy link]
Post time 15-1-2025 02:42 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Saat menyampaikan Sijil Penghargaan Anggota Setia kepada Berta sambil disaksikan Abd Ghafur (tiga kiri) dan Buvil (tiga kanan) bersama guru-guru SK Pomotodon.

KOTA KINABALU: Pengerusi Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah (KOPEKS) Datuk Haji Dr Saat Hj Ag Damit menggalakkan guru serta kakitangan pentadbiran sekolah supaya membuat simpanan dan berjimat-cermat melalui potongan gaji bulanan koperasi secara konsisten.

Beliau yang juga jurucakap Koperasi Angkasa Malaysia berkata, kenaikan gaji di bawah skim gaji baharu SSPA mulai bulan lepas perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan mengagihkan sebahagian dari kenaikan gaji yang diterima diletakkan sebagai simpanan dan tidak habis digunakan.

Katanya, ia boleh dibuat dengan mudah melalui skim simpanan yuran bulanan koperasi yang disediakan oleh KOPEKS kepada semua penjawat awam untuk simpanan persaraan atau sebagai tabung kecemasan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis KOPEKS bersama guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pomotodon, Inanam, kelmarin.

Dalam pada itu, Saat menambah anggota KOPEKS menikmati banyak kelebihan melalui KOPEKS kerana koperasi menjalankan perniagaan berskala besar dalam pelaburan aset kewangan, pelaburan hartanah dan pembinaan kondominium mampu milik, tiga cawangan perniagaan pajak gadai Islam ar Rahnu dan juga sewaan premis-premis perniagaan.

Turut hadir Lembaga Koperasi KOPEKS merangkap Penolong Pegawai Pendidikan di Pejabat PPD Kota Kinabalu, Abdul Ghafur Ag Yaakub; Penolong Kanan Pentadbiran, Zuraimi Garai @ Roslie; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guslan Susin dan Penolong Kanan Kokurikulum SK Pomotodon, Benjamin Jatim.


SUMBANGAN CSR: Saat, Berta, Abd Ghafur, Buvil dan Yusrina bergambar dengan lima pelajar asnaf yang menerima bantuan dari tabung zakat KOPEKS.

Beberapa pengurusan utama KOPEKS turut hadir antaranya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Buvill Angkui; Timbalan CEO, Yusrina Rita Rantian dan Pegawai Pinjaman KOPEKS, Becca Piling serta Bendahari KOPEKS, Ag Azmee Ag Kati.

Pada majlis itu, Saat turut menyampaikan Sijil Penghargaan Anggota Setia kepada Berta Benjamin Guru Besar SK Pomotodon yang bersara akhir bulan ini.

KOPEKS juga menyampaikan sumbangan CSR berbentuk wang tunai kepada lima pelajar golongan asnaf iaitu, Nurin Atika Suparman; Mohamad Amin Naufal; Mohamad Danish Haufa Abdullah; Mohamad Yusreey Abdullah dan Mohammad Ammar Ashraf Abdullah.

Sumbangan disampaikan oleh Saat sambil disaksikan Guru Besar serta guru dan juga staf sekolah.

Terdahulu Saat dalam ucapan memaklumkan bahawa anggota KOPEKS menerima banyak manfaat termasuk bayaran dividen tahunan, perlindungan insurans kemalangan berkelompok, khairat kematian, pinjaman mengerjakan umrah, pinjaman membeli telefon dan juga pinjaman membaharui insurans dan cukai jalan.

Pinjaman KOPEKS adalah patuh syariah dan boleh diluluskan serta dibayar dalam tempoh 24 jam jika semua dokumen lengkap dan teratur.


HAIDR: Azmi (dua dari kanan) dan para pegawai KOPEKS antara yang hadir pada majlis itu.

Tambahan itu, Buvil turut memaklunkan anggota KOPEKS juga akan menerima elaun hadir mesyuarat agung setiap tahun.

Katanya KOPEKS yang sudah berusia 63 tahun kini mempunyai keanggotaan lebih lima ribu orang dan membayar dividen tiap-tiap tahun kepada anggota sejak 15 tahun lalu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045388 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list