CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9262|Reply: 0

[Perlis] Imam tidak mengaku terima suapan urus daftar nikah di Perlis

[Copy link]
Post time 15-1-2025 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Imam tidak mengaku terima suapan urus daftar nikah di Perlis

Aizat Sharif[email protected]




MOHD Isa (dua, kiri) didakwa atas tujuh tuduhan terima suapan untuk menguruskan pendaftaran pasangan nikah di Thailand dengan JAIPs. FOTO Luqman Hakim Zubir.





Kangar: Imam masjid daerah ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh tuduhan menerima suapan RM26,300 sebagai upah proses pendaftaran pasangan bernikah di Thailand di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Mohd Isa Abdul Karim, 53, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Isa didakwa menerima suatu suapan iaitu wang berjumlah RM26,300 melalui akaun bank milik ABM Success Empire sebagai upah untuk memproses Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara JAIPs ke atas tujuh pasangan yang tidak mengikut prosedur di bawah Enakmen 7 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 5 Disember 2022 hingga 24 Oktober 2023 di sebuah bank di Jalan Besar, Pekan Kuala Perlis.


Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Perlis, S Sujatha manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein, Zuhair Ahmad Zakuan dan Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.

Terdahulu, Sujatha memohon mahkamah mengenakan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin warga tempatan terhadap tertuduh, dan pasportnya diserahkan selain melapor diri di pejabat SPRM Perlis sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan.

Namun, Ariff Azami merayu anak guamnya diberi ikat jamin rendah iaitu RM10,000, mengambil kira tertuduh menghadapi tuduhan suapan kurang RM30,000 dan perlu menyara isteri serta sembilan anak yang enam daripanya masih bersekolah.

Nu'aman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di Pejabat SPRM Perlis sebelum atau pada 15 haribulan pada setiap bulan.

Tertuduh membayar jaminan itu.

Sebelum ini media melaporkan seorang pegawai kanan JAIPs dan imam sebuah masjid di Kangar ditahan SPRM Perlis pada 5 Jun 2024 bagi membantu siasatan kes penerimaan suapan berjumlah RM1.183 juta dalam pengurusan pendaftaran pernikahan di negeri itu sejak April 2022 hingga Jun 2023.

Selain kedua-dua suspek, turut ditahan anak imam masjid itu yang juga pemilik syarikat perunding dalam urusan pernikahan di Perlis.



Disiarkan pada: Januari 15, 2025 @ 12:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1176790/imam-tidak-mengaku-terima-suapan-urus-daftar-nikah-di-perlis




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.454923 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list