CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10568|Reply: 0

Presiden Korea Selatan ditahan

[Copy link]
Post time 15-1-2025 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Konvoi yang dipercayai membawa Suk-yeol meninggalkan kediamannya di Seoul hari ini. - AFP
SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol ditahan hari ini selepas beratus-ratus penyiasat antirasuah dan polis menyerbu kediaman beliau untuk menamatkan kebuntuan selama berminggu-minggu.

Suk-yeol yang didakwa melakukan pemberontakan berhubung usaha jangka pendeknya untuk mengenakan undang-undang tentera pada bulan lalu, ialah presiden pertama dalam sejarah Korea Selatan yang ditangkap.

Beratus-ratus pegawai polis dan penyiasat dari Pejabat Siasatan Rasuah memenuhi jalan masuk ke kediaman Presiden sebelum subuh hari ini.
Ia adalah usaha kedua mereka untuk menangkap Suk-yeol.

Percubaan pertama pada 3 Januari lalu gagal selepas kebuntuan selama berjam-jam dengan anggota Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS), yang enggan berganjak apabila penyiasat cuba melaksanakan waran mereka.

Peguam Suk-yeol mengumumkan pada pagi ini bahawa Presiden tersebut telah bersetuju untuk bercakap dengan penyiasat.

“Presiden Yoon (Suk-yeol) memutuskan untuk hadir sendiri di Pejabat Siasatan Rasuah hari ini,” kata Seok Dong-hyeon di laman Facebook.

Bagaimanapun, penyiasat tidak lama selepas itu mengumumkan bahawa Suk-yeol telah ditangkap.

“Ibu Pejabat Siasatan Bersama melaksanakan waran tangkap untuk Presiden Yoon Suk-yeol hari ini (15 Januari) pada pukul 10.33 pagi (waktu tempatan),” kata mereka dalam satu kenyataan.

Wartawan AFP melaporkan berlakunya sedikit pergelutan di pintu pagar, di mana penyokong tegar Suk-yeol berkhemah untuk melindunginya, ketika pihak berkuasa mula mengerumuni  pekarangan itu.

Sementara itu, Suk-yeol menerusi mesej video yang dirakam berkata, beliau memutuskan untuk disoal siasat bagi mengelakkan pertumpahan darah walaupun beliau percaya siasatan itu adalah menyalahi undang-undang.

“Saya memutuskan untuk bertindak balas kepada Pejabat Siasatan Rasuah. Saya tidak menerima kesahihan siasatan itu tetapi mematuhinya untuk mengelakkan sebarang pertumpahan darah,” katanya.

Suk-yeol boleh ditahan sehingga 48 jam berdasarkan waran sedia ada. Penyiasat bagaimanapun perlu memohon satu lagi waran tangkap untuk mengekalkannya dalam tahanan. – AFP

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.050232 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list