CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12454|Reply: 0

Dua kebakaran hutan di Los Angles berjaya dikawal

[Copy link]
Post time 15-1-2025 10:07 AM | Show all posts |Read mode

Kemusnahan dari pandangan udara di Altadena di Los Angeles, California. - Foto AFP

LOS ANGELES: Pasukan bomba berjaya mengawal dua kebakaran hutan besar yang memusnahkan sebahagian kawasan Los Angeles selama seminggu walaupun berdepan angin kencang dari padang pasir dan keadaan kering yang berbahaya.

Seramai 8,500 anggota bomba dari sekurang-kurangnya tujuh negeri dan dua negara asing berjaya menghalang kebakaran daripada merebak selama dua hari berturut-turut.

Kawalan perimeter kebakaran juga bertambah sedikit walaupun kawasan yang terjejas kini seluas bandar Washington.

Pesawat bantuan udara giat menjatuhkan air dan bahan pemadam kebakaran di kawasan berbukit, sementara pasukan darat bekerja tanpa henti sejak kebakaran tercetus pada 7 Januari lalu .

Namun, operasi pesawat kadang-kala terhenti akibat angin kencang.

Gambar kemusnahan kawasan kediaman akibat dijilat api dalam kebakaran hutan paling teruk di Altadena. Los Angeles. - Foto AFP

Kebakaran Palisades di barat bandar itu masih terkawal pada keluasan 96 kilometer (km) persegi dengan kadar kawalan perimeter meningkat 3 mata peratusan kepada 17 peratus.

Kebakaran di Eaton kawasan timur yang berbukit pula mencatat keluasan 57 km persegi dengan kawalan meningkat kepada 35 peratus.

Jabatan Kaji Cuaca Kebangsaan menjangkakan keadaan "amaran bendera merah" akan berterusan sehingga Rabu, dengan angin kencang mencapai kelajuan lebih 80 km/jam.

Gabenor California, Gavin Newsom, melaporkan 11 kebakaran baharu tercetus di California Selatan pada waktu malam tetapi berjaya dipadam segera kerana anggota bomba dan peralatan sudah ditempatkan lebih awal.

Jumlah korban kekal pada 24 orang, sementara kiraan anggaran 12,000 struktur yang rosak atau musnah belum berubah, menunjukkan usaha pemulihan yang besar perlu dilaksanakan.

Kejiranan yang musnah kini hanya meninggalkan abu dan runtuhan; kebanyakan rumah hanya tinggal cerobong yang masih berdiri.

"Melihatnya di televisyen satu perkara, tetapi melihat sendiri dari udara adalah sesuatu yang luar biasa. Kemusnahan yang sangat besar tidak dapat dibayangkan," kata Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass dalam sidang media selepas meninjau kawasan itu dari udara.

Pasukan mencari dan menyelamat berada di lapangan bagi proses mengesan mangsa dan kemusnahan di Pacific Palisades dekat Los Angeles. - Foto REUTERS

Sejak April, California Selatan tidak menerima hujan yang mencukupi, menjadikan belukar mudah terbakar ketika angin Santa Ana dari padang pasir bertiup kencang, membawa bara api sejauh 3 km dari kawasan kebakaran.

"Keadaan masih berbahaya dalam tempoh 24 jam akan datang, jadi kami memantau dengan teliti," kata Sheriff Los Angeles County, Robert Luna.

Walaupun beberapa ribu penduduk dibenarkan pulang, seramai 88,000 orang masih di bawah perintah pemindahan, dengan 84,000 lagi menerima amaran pemindahan — angka besar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kawasan metropolitan itu.

Seorang penerbit video, John Adolph, 48, kehilangan rumahnya di komuniti Altadena yang terletak di barisan hadapan pusat kebakaran Eaton.

Beliau menyatakan bersyukur kerana selamat namun tidak pasti mengenai masa depannya.

"Saya cuba kembali untuk menyelamatkan apa yang boleh, tetapi tidak dapat mendekati rumah saya. Ada kedai runcit yang terbakar, stesen minyak meletup, dan kereta yang kaca pecah berterbangan ....

"Dinding dijilat api setinggi dua tingkat dan berlaku pusaran api. Saya benar-benar gila untuk mencuba menyelamatkan apa yang ada tapi tak mampu," katanya.

Pasukan penyelamat bekerja dari tempat letak kereta sebuah kedai runcit di Altadena, memantau perkembangan operasi menerusi papan putih dan memberi tugasan dari sebuah treler.

"Kami menjalankan pencarian secara sistematik. Angin tidak banyak mempengaruhi operasi mencari dan menyelamat kami," kata Ketua Pasukan Khas, Pejabat Perkhidmatan Kecemasan California.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.257897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list