CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12821|Reply: 0

Penduduk Israel dan Gaza mahu gencatan senjata dimeterai secepat mungkin

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Keluarga dan penyokong pembebasan tebusan berkumpul mendesak usaha gencatan senjata dan runding antara Israel dan Hamas dipecepatkan bagi pembebsanan tebusan perang. - Foto REUTERS

BAITULMAQDIS: Rakyat Israel dan Gaza semalam semakin cemas dan mengharapkan perjanjian gencatan senjata dimeterai secepat mungkin.

Ini berikutan mereka mahu saudara-mara yang menjadi tebusan dibebaskan, sementara pelarian Palestin berdoa mahu kembali ke tanah airnya.

Beberapa pegawai dari negara pengantara yang terbabit dalam rundingan, berkata perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tebusan-banduan semakin hampir berbanding sebelum ini, dengan Qatar mengatakan peringkat rundingan berada di 'peringkat akhir'.

Sejak awal pagi di Israel, keluarga tebusan dan penyokong mereka berkumpul di luar parlimen dan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menuntut agar segala usaha dilakukan untuk memastikan rundingan berhasil selepas berbulan-bulan mereka kesal dengan tiada sebarang perkembangan positif dicapai.

"Masa semakin suntuk dan tidak menyebelahi tebusan.

"Tebusan yang masih hidup akan berakhir dengan kematian. Tebusan yang mati mungkin hilang," kata Gil Dickmann ketika perhimpunan di Baitulmaqdis.
Dickmann adalah sepupu bekas tebusan Carmel Gat, yang mayatnya ditemui dari terowong Gaza pada September.

Sehubungan itu, kerajaan kena bertindak segera.

Semalam, Dickmann dan beberapa saudara lain tebusan yang masih ditahan di Gaza bertemu dengan Netanyahu untuk mendesaknya supaya bersetuju dengan rundingan gencatan senjata.

"Jika kita menghentikan perang, kita akan menerima semua tebusan serta-merta.

"Jadi, itulah yang perlu dilakukan sekarang," kata bapa kepada bekas tebusan Ilan Shtivi, Eli Shtivi

Perang di Gaza meletus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Serangan itu yang paling ramai meragut nyawa dalam sejarah Israel, mengakibatkan kematian 1,210 orang, kebanyakannya orang awam.

Kumpulan pejuang Hamas turut menjadikan 251 orang sebagai tebusan, yang mana 94 daripadanya kekal di Gaza, termasuk 34 yang dikatakan tentera Israel sudah meninggal dunia.

Serangan balas dendam Israel di Gaza sejak itu membunuh 46,645 orang, majoriti penduduk awam, menurut kementerian kesihatan di wilayah yang dikendalikan Hamas, yang angkanya dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Serangan ketenteraan yang meluas menyebabkan sebahagian besar Gaza musnah, dengan kebanyakan penduduknya kehilangan tempat selama lebih daripada 15 bulan peperangan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.043782 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list