Sumanto yang pernah menggemparkan Indonesia gara-gara gemar memakan daging manusia kini berubah menjadi seorang pempengaruh makanan. Foto Agensi
JAKARTA - Seorang lelaki yang pernah menggemparkan Indonesia gara-gara gemar memakan daging manusia kini berubah menjadi seorang pempengaruh makanan.
Sumanto, berasal dari Purbalingga, Jawa Tengah sebelum ini pernah dikenakan hukuman penjara kerana perbuatannya tersebut.
Dia yang sudah lama dibebaskan kembali meraih perhatian warga maya baru-baru ini, menerusi kandungan makanan yang disiarkan menerusi platform Instagram.
Malah sebuah kandungan video yang memaparkan dia menikmati sate kambing tular di media sosial.
Media tempatan melaporkan, usaha itu dibuat oleh Sumanto bagi membolehkan dia diterima kembali oleh masyarakat.
Dia yang kini menetap di sebuah pusat Yayasan Islam juga berharap dapat dikenali sebagai seorang manusia yang baik dan bukan lagi seorang yang menakutkan. - Agensi
|