CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29044|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pistol, 67 butir peluru hidup ditemui dalam 'kotak misteri' di Pantai Robina

[Copy link]
Post time 14-1-2025 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Pistol, 67 butir peluru hidup ditemui dalam 'kotak misteri' di Pantai Robina

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 14, 2025 @ 7:17pm [email protected]








BUTTERWORTH: 'Misteri' sebuah kotak berbalut plastik hitam dijumpai di persisiran Pantai Robina di sini, awal pagi tadi, terjawab dengan penemuan sepucuk pistol bersama kelopak peluru dan 67 butir peluru hidup di dalamnya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata Balai Polis Telok Ayer Tawar menerima maklumat pada jam 4.30 pagi daripada seorang lelaki tempatan yang memancing di pantai itu berhubung penemuan kotak terbabit.

"Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota penyiasat dengan dibantu Unit Forensik dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, digerakkan ke lokasi untuk melakukan siasatan.

"Kotak itu didapati mengandungi sepucuk pistol berserta kelopak peluru dan peluru hidup yang kemudian dirampas untuk tindakan lanjut.


"Hasil pemeriksaan juga mendapati peluru hidup berkenaan dibalut dengan kertas majalah. Kesemuanya dianggarkan ada sebanyak 67 butir peluru pelbagai jenis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hamzah berkata, suspek kejadian itu masih belum dapat dikenal pasti dan polis sedang berusaha untuk mengesannya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited melumpuhkan mana-mana kumpulan atau individu yang terbabit aktiviti jenayah kekerasan yang boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan negara.

"Masyarakat yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah, boleh menyalurkannya melalui Hotline Bilik Gerakan Negeri, Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang (04-2221624) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1349232/pistol-67-butir-peluru-hidup-ditemui-dalam-kotak-misteri-di-pantai





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077322 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list