View: 10461|Reply: 21
|
[Jenayah]
JAKIM Mengesahkan Sandwich Ham And Cheese Tidak Mempunyai Sijil Halal!
[Copy link]
|
|
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk sandwich inti ‘ham and cheese’ yang tular tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Pada masa sama syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM, petik Harian Metro.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status halal produk sandwich inti ‘ham and cheese’ tersebut.
“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.
“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang sudah diambil oleh KPDN,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama Datuk Dr Mohd Naim menasihatkan pengguna supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal untuk memastikan produk-produk telah dipersijilkan halal oleh pihak yang berautoriti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tade logo halal x semestinya Haram. Tp kalo confirm ayam tu x sembelih mmg sah Haram la |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 14-1-2025 10:23 AM
Tampaknya ada issue "Besar" yang JAKIM masih perlu melakukan kajian ...
Apakah semua proses pembangunan atau konstruksi semua Masjid di negara anda dilakukan atau dikerjakan oleh tukang atau company yang memliki "SIJIL HALAL" sehingga boleh dinyatakan bahwa Masjid itu adalah "HALAL" digunakan untuk tempat ibadah umah Islam di MalayDesh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada cop halal jakim pun nak kena check jugak ke?
Sepatutnya jakim staff kena turun buat sportcheck,check satu2 barangan yg mempunyai cop halal jakim tu betul2 yg diperakui oleh halal jakim atau tidak.
Dah semua kena check sendiri,staff jakim buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 14-1-2025 08:35 AM
Datuk Dr Mohd Naim menasihatkan pengguna supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalu ...
Baru ni pi dengar kuliah. Ustaz tu kata kalau ada pompuan bertudung kerja dlm restoran/kedai makan yg tiada sijil halal, itu bukan tiket utk kita halalkn makanan yg dijual dlm tu.
Dia juga kata kalau rasa tak kisah ikut suka lah. |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 14-1-2025 01:34 PM
Dah ada cop halal jakim pun nak kena check jugak ke?
Sepatutnya jakim staff kena turun buat sportche ...
Bang, cer tgk mcm mana bank negara, bursa malaysia kerja. Depa pun tak htr satu persatu staf depa pi check semua scammer. Tapi bertindak berdasarkn aduan awam.
Pikir bang pikir
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 14-1-2025 10:18 AM
Tampaknya ada issue "Besar" yang JAKIM masih perlu melakukan kajian ...
Apakah semua proses pembang ...
Kau tu indon yg carik makan kat sini je. Tak payah la nk sibuk2 hal negara org.
Ada baiknya ko pi jaga hal ehwal islam kat negara ko yg makin tenat. |
|
|
|
|
|
|
|
ada member pernah cerita, dia g kursus penyembelihan...
org pejabat agama yg bg ceramah tu, cerita sekian sekian...lepas tu dia cakap halal bukan setakat sembelih tapi kebersihan..dan banyak tempat yg halal sembelih je tapi tak halal kebersihan..so dia cakap adalah tanggungjawab korang la nak pastikan makanan yg dibeli btul2 halal..
aku yg dengar macam, cilakak ko makan gaji buta ke apa, camtu je ko lepas tanggungjawab ko pada orang ramai....kalau betul tak bersih, takyah la bagi sijil halal...lepas tu dari masa ke semasa kena la turun padang ambush kilang,semak prosedur semua..
jangan la bagi sijil halal lepas tu goyang kaki je dlm ofis aircond,
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 14-1-2025 01:40 PM
Bang, cer tgk mcm mana bank negara, bursa malaysia kerja. Depa pun tak htr satu persatu staf depa ...
Bang,jangan la bandingkan bank,bursa sume tu dgn jakim,lain level dia |
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 14-1-2025 02:40 PM
ada member pernah cerita, dia g kursus penyembelihan...
org pejabat agama yg bg ceramah tu, cerita ...
Menurut sis krustykrab,
Dorang bertindak berdasarkan aduan awam.kalau xde yg mengadu,dorang diam je lah xde turun serbu ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 14-1-2025 10:18 AM
Tampaknya ada issue "Besar" yang JAKIM masih perlu melakukan kajian ...
Apakah semua proses pembang ...
NO Holland...NO party....negara tertangga pasti iri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je team pemantauan tp klu dh byk industri/premis/ kilang/ rumah sembelih nk kena pantau authority akn harapkn jugak drpd aduan daripada public/ orang ramai.
Even JAKIM/ jabatan agama negeri pn ada auditor team pemantauan yg akn dtg bila2 tnpa notis, samalh juga KKM pn ada team inspektor2 kesihatan yg cek. Team pemantauan ni x ramai smpai boleh nk nk turun pdang cek premis/kilang yg sma tiap2 mggu/bulan..
|
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 14-1-2025 03:01 PM
Bang,jangan la bandingkan bank,bursa sume tu dgn jakim,lain level dia
Sama je bang.
Kalau ada was was ,rungutan tanya/bgtau je depa. Insyallah depa akan bg penjelasan atau buat serbuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 14-1-2025 03:03 PM
Menurut sis krustykrab,
Dorang bertindak berdasarkan aduan awam.kalau xde yg mengadu,dorang diam j ...
Bang jgn la pitenah aku bang. DOSA BESAR tau.
Aku TAK PERNAH tulis pun yg diorg duduk diam. Team penguatkuasaan diorg ada je buat pemantauan bang. Tapi kalau hari2 nk check semua premis, ko ghase bang??? Telur ko pun akan kempis kalau ko pun kena buat pemantauan kat beribu2 premis setiap hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
halal ni dari mata dan hang punya decision. takde orang leh paksa makan pun. yakin halal balun je la. macam masakan mak hang la. mana ada cop halal. kot dapor rumah hang berkerak, kuali berkarah mesti halal jakim tak lepas. tapi hang telan je apa yang mak hang masak dulu.
SAMBAL CILILADO
SAMBAL SYUKOR JONGOS
SAMBAL HITAM N9 POWER
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan mudah nak kontrol peniaga guna logo halal palsu...harini sandwich Ahmad, lepas kena ambush minggu depan keluar pulak sandwich Abdullah..time jakim datang observe cara sembelih mmg la diorg buat elok2, but the next day pasti ke teknik sembelih tu 100% betul? Atau jakim kena dtg hari2 observe setiap satu sembelihan? Jenuhh..
Sama juga mcm international brand..untung berbilion pun tetap tak boleh kawal penipu2 conterfeit ni semua...so back tu pengguna sama ada boikot, viral atau buat report..tapi tetap juga ramai yg membeli atau terbeli brg2 counterfeit so whatelse can they do?
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Ham’ itu daging babi, bukan proses pembuatan makanan – Akmal Saleh
Oleh KOSMO!
15 Januari 2025, 8:11 pm
PETALING JAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming yang mengatakan ‘ham’ adalah proses pembuatan makanan bukannya merujuk kepada daging babi.
Akmal dalam hantaran di Facebook meminta agar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memahami maksud sebenar ham sebelum membuat kenyataan yang melulu.
“Bila ada menteri beritahu ‘ham’ bermaksud proses untuk membuat makanan, maka saya sertakan sekali di sini apakah maksud ham dari Oxford Learners’s Dictionary. Ham bermaksud daging yang datangnya dari babi.
“Jika daging itu datangnya dari sumber selain dari babi, ia mesti disertakan sumbernya di depan dahulu. Seperti daging lembu, maka ia disebut ‘beef ham’, jika daging ayam, maka ia disebut ‘chicken ham’,” katanya di sini hari ini.
Katanya, di dalam prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menetapkan mana-mana makanan yang namanya seperti makanan yang tidak halal seperti ‘ham’, tidak boleh diberikan sijil halal.
“Tetapi kalau chicken ham,beef ham dibenarkan untuk tujuan mengelakkan kekeliruan.
“Ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya, kalau tak faham tanya pegawai atau boleh buka kamus. Tolong simpan sedikit kebodohan kamu itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Roti, cheese, chicken ham semua halal jakim tapi bila dah jadi sandwich status halal hilang. Hidup ko keras Roy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|