CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23523|Reply: 0

Lelaki kencing atas penumpang lain dalam pesawat

[Copy link]
Post time 12-1-2025 12:27 AM | Show all posts |Read mode

Pesawat United Airlines. - Must Share News


SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang penumpang terkejut apabila dia menjadi tempat untuk membuang air kecil oleh penumpang lain semasa tidur di dalam pesawat, lapor portal berita Must Share News kelmarin.

Kejadian berlaku di dalam pesawat United Airlines yang menuju ke Filipina dari bandar San Francisco, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Pesawat itu membawa kira-kira 189 penumpang.

Mangsa yang bernama Jerome Gutierez berkata, dia terjaga dari tidur selepas merasakan pakaiannya basah.

Gutierez terkejut apabila seorang penumpang lelaki nekad membuang air kecil ke atasnya.

“Pakaian ayah saya basah dengan air kencing lelaki itu,” kata anak tiri mangsa, Nicole Cornell.

Situasi menjadi tegang apabila pramugari meminta Gutierez untuk menjauhkan dirinya daripada lelaki berkenaan bagi mengelakkan konfrontasi.

Jurucakap syarikat penerbangan United Airlines, Anoushah Rasta mengesahkan bahawa terdapat gangguan semasa penerbangan.

“Penumpang itu telah diharamkan daripada menggunakan perkhidmatan United Airlines,” tambahnya. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.543540 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list