CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23751|Reply: 15

Bayi 4 bulan meninggal di taska tak berlesen - “Dunia akhirat saya tak maafkan”

[Copy link]
Post time 9-1-2025 10:58 PM | Show all posts |Read mode





SEORANG bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas dihantar ke sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak berlesen di Bandar Saujana Putra, Selangor pada 3 Januari lalu.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.29 petang (Jumaat, 3 Januari) daripada seorang doktor sebuah klinik sekitar kawasan Bandar Saujana Putra.


"Berdasarkan laporan, doktor berkenaan menerima bayi lelaki itu yang dibawa seorang pengasuh taska di dalam keadaan pucat.


“Bayi tersebut juga didapati dalam keadaan kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas selain tiada pergerakan anak mata bila disuluh lampu.


“Pengadu (doktor) serta merta melakukan bantuan pernafasan atau resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan bantuan oksigen sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke Hospital Cyberjaya,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.







Menurut Akmalrizal, Hospital Cyberjaya telah menerima bayi berkenaan kira-kira pukul 4.35 petang hari sama dan melakukan CPR lebih 30 minit.


Bagaimanapun, tiada tindak balas daripada bayi berkenaan sebelum doktor mengesahkan kematiannya pada pukul 5.05 petang.


“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan keterangan pengusaha dan pekerja premis telah diambil polis. Premis ini tidak berlesen dan permohonan telah dihantar tapi belum diluluskan," katanya lagi.


Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Pada Rabu, tular tangkap layar luahan sedih seorang wanita dipercayai ibu mangsa dikongsikan semula di laman X, mendakwa bayi yang dihantarnya meninggal dunia didakwa akibat kecuaian pihak taska.


Wanita berkenaan juga mendakwa anaknya ditinggalkan bersendirian dalam bilik dan dibiarkan tanpa pengawasan sehingga tidak boleh bernafas.


Difahamkan, taska itu juga hanya mempunyai dua pengasuh yang menjaga 25 bayi.


“Saya hantar dia elok sihat bernyawa. Saya baru susukan. Terima kasih ambil hak saya sebagai seorang ibu. Kalau sebab kematian SIDS sekalipun, masih boleh dielak kalau ada orang jaga sepanjang masa.


"Teacher (pengasuh) tinggal dalam bilik dan tak tahu berapa lama? Sampai anak saya terseksa nak bernafas? Sampai terberak-berak dia sebab sakit?


"Kali terakhir saya tukar pampers semasa dia hidup sebelum saya hantar pergi taska pukul 9 pagi. 8 jam kemudian, saya kena tukar pampers dia dalam keadaan meninggal. Dunia akhirat saya takkan maafkan,” katanya.


Untuk makluman, Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) adalah sindrom kematian bayi secara mengejut.


SIDS merujuk kepada kematian bayi secara tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan, biasanya berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada satu tahun semasa mereka sedang tidur.


Sumber : Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
check la lesen dulu sebelum hantar
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
2 pengasuh jaga sampai 25 baby?
Ramai betul baby sampai tk terjaga la ni sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia baru tahu ke staff 2 org baby ramai. Kalau dah buat apa hantar lg. Mmg la skrg pusat jagaan mahal tapi risau kemungkinan cam gini la isk. Nak menangis keluar air mata darah pun dah tak guna. Blh tolong simpati je la kami2 ni. Tp kalau mmg tak tahu mmg kesian sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada x kes baby meninggal kt taska berlesen ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 07:58 AM | Show all posts
sbb nak hntar tempat murah... itu lah 'harga' yang kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
duhai mak bapak skalian, korang interview x cg2 kat taska tu tuk dptkan satu dua maklumat?kalau 2 org jg 25 org tu pun dah red flag. ni bkn tadika.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 02:06 PM | Show all posts
kesian...taktau nak comment apa....nasi dah jadi bubur...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 03:46 PM | Show all posts
Baby yang takde dosa pun sakaratul maut nya sampai terberak2
Insaf nya
Takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 02:40 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

camne laa pusat taska ada 2 staf dok jaga 25 baby/ kanak2 kecil...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 11:46 AM | Show all posts
Hantar kat rumah orang pun ada yg
sampai 10 org baby dorg jaga
Pekerje 2 orang je
Sorang baby  Rm500
Kt umah mana boleh jaga sampai 10 org baby
Jenis tamak tahu nk duit je


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 12:57 PM | Show all posts
teringat anak kat taska.. semoga allah pelihara anak2 kita dari nanny2 yg x bertanggungjawab gini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bbalik replied at 10-1-2025 07:58 AM
sbb nak hntar tempat murah... itu lah 'harga' yang kena bayar


Sy slh sorg yg jdg2 consider bab harga bile bab menghantar anak ke taska. Bukan berkira, tp sebab kemampuab mcm tu je....so sy limitkan beranak 2 org je jd lah memandangkan harga taska mahal mengalahkan beli myvi..mahal atau murah bukan tiket utk jaga anak org sambil lewa..parents pilih harga taska ikut kemampuan..taska wajib jdkan aspek keselamatan anak org tu yg paling utama
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya makbapak. Tak mampu tp nak jugak beranak. Pi tinggal anak kat tempat gitu. Jgn cakap nanti anak tarik kau masuk syurga tp sebetulnya anak tu laknat kau sbb tinggalkan dia macam tu.

TAK MAMPU JANGAN BERANAK. RAMAINYA MAKPAK BODOH.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Taska anak aku...sorg pengasuh 2 org baby. Bdk ad 9 org..tp pekerja ad 4 org. Org dok ckp mahalnya anta 500 sebulan. Pendaftaran n aktiviti tahunan 500. Bg aku ok sgt dh tu. Ank aku mmg terjaga. Berbanding anta babysitter dulu.balik mesti ad lebam n anak aku selalu menangis n ble amik..mmg comot la anak aku.baju bekas mknn tumpah. Pernah bubur smpi ke rambut...taska ni..balik mesti dh wangi..dh siap mandi..sblm aku decide nk msuk sne..aku dh check kt website jkm ad nama taska ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.199107 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list