CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8117|Reply: 25

[Tempatan] #1 & #2, Video montaj TMM 2026 akan dibuat semula, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing

[Copy link]
Post time 9-1-2025 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 9-1-2025 05:50 AM

Video montaj TMM 2026 akan dibuat semula - King Sing

https://www.bharian.com.my/berit ... at-semula-king-sing

Oleh Essa Abu Yamin - Januari 9, 2025 @ 1:10pm
[email protected]


King Sing ditemui media selepas majlis perasmian Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) 2025. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 akan dibuat semula mengikut zon dan tempat menarik di setiap negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

King Sing berkata, pihaknya mengaku tidak berpuas hati dengan video promosi TMM 2026 yang dilancarkan kelmarin.

Susulan itu, beliau mengarahkan video promosi yang dalam proses diselesaikan dibuat semula memandang ia belum dimuktamadkan lagi.

"Saya sudah lihat video promosi berkenaan sebab ia terlompat-lompat, sekejap Pahang, sekejap Perak, sekejap Selangor, sekejap Sabah, sekejap balik lagi Pahang. Lompat sini, lompat sana.

"Kalau Pahang terus promosi Pahang. Jangan lompat sini, lompat sana. Kalau kita buat sebegitu, nanti pelancong di luar negara keliru. Jadi, kita mahu promosi itu serius," katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Wilayah Tengah 2025, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, menegaskan video montaj berdurasi 41 saat yang mencetuskan kontroversi sejak semalam adalah bukan video rasmi yang akan digunakan untuk tujuan promosi kelak.

"Kelmarin, kita cuma rasmi logo sahaja, bukan video promosi Tahun Melawat Malaysia dan ia tidak boleh dijadikan untuk tujuan itu," katanya.

Sejak semalam, video montaj TMM 2026 menerima kritikan termasuk pemimpin pembangkang yang menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menarik semula video terbabit kerana didakwa cuai susulan tiada elemen masjid dipaparkan sedangkan terdapat paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.

Mengulas lanjut, King Sing mengingatkan semua pihak tidak membangkitkan isu perkauman, keagamaan dan mempolitikkan susulan video montaj terbabit.

"Jangan politikkan semua perkara. Ia akan mengelirukan dan beri tekanan kepada masyarakat kita.

"Jangan buat sebegitu, sama ada media atau daripada sosial media ataupun mana-mana pihak," katanya.

Semalam, King Sing menerusi kenyataan memberi jaminan elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi TMM 2026 yang lebih terperinci dalam masa terdekat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2025 01:50 PM | Show all posts
Video montaj promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -akan-dibuat-semula

Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]

Disiarkan pada: Januari 9, 2025 @ 1:07pm


TIONG King Sing. FOTO Hairul Anuar Rahim

Petaling Jaya: Video montaj promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula mengikut pembahagian zon di setiap negeri di seluruh negara dalam tempoh seminggu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak berpuas hati selepas menyaksikan video berkenaan, hari ini.

"Saya sudah melihat video berkenaan dan ada klip yang 'lompat-lompat'. Sekejap papar destinasi di Pahang, sekejap di Sabah selepas itu kembali di Pahang.

"Apabila lihat video itu, saya tidak berpuas hati kerana ia boleh menyebabkan pelancong keliru dengan lokasi yang dipaparkan. Justeru itu, saya arahkan video berkenaan dibuat semula mengikut zon di setiap negeri dalam tempoh seminggu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Libat Urus bersama Pemain Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) di Bandar Utama, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai isu video tular semasa pelancaran logo Tahun Melawat Malaysia 2026 di Putrajaya, kelmarin, Tiong berkata, ia bukan video yang akan digunakan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Video berkenaan adalah untuk melancarkan logo (Tahun Melawat Malaysia 2026) yang hanya berdurasi 40 saat.

"Mana mungkin kita nak promosikan Malaysia kepada pelancong luar hanya dalam tempoh 40 saat. Jika kita letak semua destinasi dan tempat makan menarik di semua negeri, ia mungkin ambil tempoh (durasi video) sehingga 40 minit.

"Sebab itu, kita mahu video (baharu) dibuat (untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026) dibuat mengikut zon setiap negeri memandangkan mungkin pelancong mahu melihat lokasi di tempat yang akan dikunjungi sahaja," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang lebih terperinci dalam masa terdekat.

Tiong dilaporkan berkata, video montaj yang dipertikaikan beberapa pihak kerana tidak memaparkan elemen masjid sebelum ini hanya video pelancaran ringkas dan pendek berdurasi 41 saat.

Terdahulu, video berdurasi 41 saat yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tourism Malaysia memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor) dan gereja lama di Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooo berapa pulak bajet peruntukan tambahan nak buat video baru ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Masjid xde dlm video tapi ada tepek kat katebang MAS ..tokong xde,kuil xde..xlusif ada masjid ngn klcc je..better apa letak gamba masjid kat katebang  hingga mnyapu awan ,ibarat meletakkan martabat islam ditempat yg tertinggi gituu..haa..yg ni korg xnak puji kerr??


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-1-2025 03:28 PM
Masjid xde dlm video tapi ada tepek kat katebang MAS ..tokong xde,kuil xde..xlusif ada masjid ngn kl ...

Dah masuk tahun 2025 ni ko masih dengan low class job as cybertrooper Dap.
Get a proper day job!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:49 PM | Show all posts
apabila menteri banyak sangat makan babi dan minum arak, ini lah hasilnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2025 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 9-1-2025 04:43 PM
Dah masuk tahun 2025 ni ko masih dengan low class job as cybertrooper Dap.
Get a proper day job!

Takde maknanya aku jadi cybertrooper Dap..

Btw,apa kena mngena Dap dlm hal ini??..menteri Apek gemok yg korg dok cerca tu bukkanya menteri Dap pon..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Montaj ada sejid tu nak tarik pelancong Arab Saudi ka Turki?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 06:02 PM | Show all posts
bodoh gila menteri ni.. haha.. buh masjid pink putrajaya 5 saat pun dah cukup dah, cukup fofular di kalangan touris cina..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-1-2025 04:53 PM
Takde maknanya aku jadi cybertrooper Dap..

Btw,apa kena mngena Dap dlm hal ini??..menteri Apek ge ...

Kalau Tiong tong kosong ni tak jadi menteri pun memang itu kerja ko tiap tahun sebelum ni dalam forum cari.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi mampssss
Seperti biasa kalau nampak sepet tongkang ni akak cerca dulu takdenya nak baca artikel dulu ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 9-1-2025 06:08 PM
Kalau Tiong tong kosong ni tak jadi menteri pun memang itu kerja ko tiap tahun sebelum ni dalam fo ...

Ok la tuu..ayat cover malu sbb terkantoi ingatkan apek Tiong ni menteri Dap
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 06:52 PM | Show all posts
Kau dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-1-2025 06:34 PM
Ok la tuu..ayat cover malu sbb terkantoi ingatkan apek Tiong ni menteri Dap

Aku memang dah lama tau Tiong ni dari GPS.
But i'm "partyless" ler bila melibatkan politician, when you do this just another communist racist aku label kan nya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 08:39 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-1-2025 05:50 PM
Montaj ada sejid tu nak tarik pelancong Arab Saudi ka Turki?

Mungkin teman-teman Waham melayu anda ingin video promosi TMM 2026 menunjukkan kepada dunia atau agar dunia tahu  betapa maha besar dan maha hebatnya bangsa melayu mahawangsa sehingga harus distimewakan dalam segala hal dan urusan di Malaysia ...

Jika seperti itu yang diinginkan maka sebaiknya ubah nama video TMM 2026 menjadi  video Tahun Propaganda Melayu Mahawangsa 2026....


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 10:27 PM | Show all posts
nusaraya replied at 9-1-2025 08:39 PM
Mungkin teman-teman Waham melayu anda ingin video promosi TMM 2026 menunjukkan kepada dunia atau ag ...

Maybe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 11:12 PM | Show all posts
Tak perlu tukar video.. Tukar menteri.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-1-2025 05:50 PM
Montaj ada sejid tu nak tarik pelancong Arab Saudi ka Turki?

Ko ni xpnh masuk masjid kat sini ke
Apa mesti tarikan masjid tu untuk org arab dan Turki
Semua orang tahu cantiknya masjid kat Malaysia so mestilah salah 1 tujuan dia nak ke masjid
Jgn jumud sgt asal masjid je mesti org arab.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-1-2025 03:28 PM
Masjid xde dlm video tapi ada tepek kat katebang MAS ..tokong xde,kuil xde..xlusif ada masjid ngn kl ...

Tak perlu sebab memang patut letak. Common sense. Malaysia punya identiti kot. So tak pelik. Yang pelik bila kuil ada tapi masjid takda tapi negara Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Deme ni pandai buat kerja ke idok? Keeee nak ngabihkan pitih je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.396007 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list